Page 40 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 40
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi
ETIKA DAN TATASUSILA PROFESION KEGURUAN
1.0 KETEPATAN MASA
1.1 Kehadiran ke sekolah - Guru mesti hadir 10 minit lebih awal sebelum loceng pertama
dibunyikan. Guru boleh menguruskan persediaan mengajar/BBM dan guru tingkatan dapat
mengambil kedatangan pelajar di tapak perhimpunan serta memastikan kelasnya bersih dan
kemas sebelum memulakan sesi pengajaran pada hari berkenaan.
1.2 Guru dikehendaki masuk ke kelas tepat pada waktunya. Guru tidak boleh meninggalkan
kelas tanpa alasan yang munasabah bagi memastikan disiplin dan keselamatan murid di
kelas berada dalam keadaan terkawal. Guru mata pelajaran/guru ganti pada waktu
berkenaan akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan kepada murid
semasa guru tiada di kelas.
1.3 Guru hendaklah memastikan setiap murid yang keluar dari kelas sewaktu PdPc diberikan
kad kebenaran keluar.
2.0 SISTEM PERAKAM MASA – Kedatangan guru & staf sokongan
2.1 Guna Sistem Perakam Masa dan “punch in” sebaik sahaja tiba di sekolah dan “punch out”
semasa balik.
2.2 Guru atau staf sokongan yang didapati tidak mematuhi peraturan Sistem Perakam Masa dan
mendapat 3 kali catatan merah berturut-turut dalam sebulan akan menerima:
i) Kad Hijau
ii) Kad Merah
Penukaran warna kad adalah teguran daripada pentadbir dan adalah diharapkan guru sentiasa
menambah baik diri masing-masing.
2.3 Guru dan staf sokongan hendaklah mendapatkan tandatangan Pengetua/Penolong
Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran jika hadir lewat atas sebab-sebab yang diizinkan.
2.4 Hubungi Pengetua / PKP dan JK Kelas Ganti dengan segera jika guru tidak dapat hadir atau
lewat supaya jadual guru ganti boleh disediakan.
2.5 Pentadbir menyemak kehadiran guru dan staf sokongan pada setiap awal bulan berikutnya
dan menurunkan tandatangan sebagai pengesahan.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 32

