Page 43 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 43
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi
8.9 Mengawasi murid menepati waktu datang ke sekolah dan pulang dari sekolah, semasa rehat
dan semasa pertukaran guru.
8.10 Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
8.11 Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah.
8.12 Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform
dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
8.13 Melengkapkan laporan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/
minggu persekolahan ke dalam e-Laporan Bertugas Harian/Mingguan.
8.14 Semua ucapan dan pengumuman semasa perhimpunan rasmi pada hari Isnin hendaklah
dilaporkan ke dalam e-Laporan Bertugas Harian/Mingguan.
8.15 Guru bertugas juga hendaklah membuat laporan terus kepada Pengetua/PK/GKMP sekiranya
ada perkara/masalah penting pada hari tersebut.
9.0 PERHIMPUNAN MINGGUAN
9.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada hari Isnin waktu pertama sesi pagi dan Isnin waktu terakhir
sesi petang.
9.2 Semua guru dimestikan hadir di dalam perhimpunan dan tepat pada masanya .
9.3 Pada masa perhimpunan, guru-guru bertugas hendaklah menentukan murid-murid beratur
dalam keadaan teratur, berdisiplin dan berpakaian kemas serta memastikan semua pengawas
menjalankan tugas masing-masing.
9.4 Perkara yang hendak diumumkan kepada murid-murid hendaklah diberitahu kepada guru
bertugas dan guru bertugas akan mengumumkannya.
9.5 Acara perhimpunan:
i) Bacaan doa
ii) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Duli Yang Maha Mulia dan Lagu Sekolah.
iii) Membaca Ikrar Rukun Negara/ Ikrar Keselamatan Jalan raya / Ikrar Murid
iv) Laporan Guru Bertugas
v) Pengumuman oleh Pengerusi Majlis
vi) Acara Khas sekiranya ada
vii) Ucapan Pentadbir
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 35

