Page 44 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 44
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi
10.0 SURAT PEKELILING SEKOLAH
10.1 Semua surat/surat pekeliling sekolah kepada KPM / JPS/ PPD / pihak luar / ibu bapa /
penjaga murid murid mesti ditandatangani oleh Pengetua. Sekiranya Pengetua tiada dan
surat itu perlu dikeluarkan segera, PKP hendaklah menandatangani surat berkenaan bagi
pihak Pengetua.
10.2 Surat pekeliling PIBG kepada ibu bapa/penjaga hendaklah ditandatangani oleh YDP PIBG
dan melalui pengetua dan satu salinan hendaklah diberi kepada Pengetua.
11.0 KESELAMATAN BANGUNAN SEKOLAH
11.1 Guru kelas dan guru bilik khas bertanggungjawab atas keselamatan dan kebersihan bilik
berkenaan. Pastikan bilik sentiasa dikunci apabila guru meninggalkan bilik berkenaan.
11.2 Buat laporan segera kepada pihak pentadbiran jika ada kerosakan atau didapati bangunan
tidak selamat. Laporan perlu dicatatkan ke dalam Buku Laporan Kerosakan/e-Aduan
Kerosakan.
11.3 Penggunaan bilik-bilik khas mestilah direkodkan.
11.4 Pengambilan kunci-kunci Bilik Khas mestilah direkodkan.
12.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS TINGKATAN
12.1 Membantu guru APDM memasukkan data murid.
12.2 Membantu guru kelas mengisi APDM jika guru kelas tidak hadir.
12.3 Membantu guru-guru yang terlibat untuk membuat pembahagian murid dalam tingkatan di
bawah jagaannya. Persetujuan Guru Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang perlu diminta
terlebih dahulu.
12.4 Kuota pelajar mengikut kaum mesti dipatuhi. Guru Penolong Kanan Pentadbiran/ Penolong
Kanan Petang / Pengetua mesti dimaklumkan hal tersebut.
12.5 Membantu Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Petang menerima kemasukan
pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan aliran.
12.6 Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku Skim Pinjaman Buku Teks.
12.7 Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk
diberi bantuan/biasiswa/(Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM ).
12.8 Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang tentang jumlah
pelajar dalam setiap kelas dari masa ke masa.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 36

