Page 42 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 42

SMK RAWANG 2020
                                                                   Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi

            6.0  CUTI

                 6.1    Cuti Sakit – Sijil cuti sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua/Penolong Kanan
                        Pentadbiran/Penolong Kanan Petang sebaik sahaja hadir bertugas.

                 6.2    Cuti Rehat Khas perlu dipohon 1 minggu sebelum bercuti kecuali kerana kecemasan sertakan
                        dokumen sokongan tujuan bercuti.

                 6.3    Tarikh Cuti Rehat Khas bukan hak sebaliknya adalah atas budi bicara pihak pentadbir.



            7.0 ACARA SEKOLAH


             7.1    Guru dimestikan menghadiri majlis dan program sekolah seperti Hari Sukan, Hari Anugerah
                    Cemerlang, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain aktiviti peringkat sekolah. Staf sokongan
                    boleh dipanggil bertugas sekiranya perlu.


             7.2    Guru dan staf sokongan mesti “punch in” kehadiran (perakam waktu).

            8.0 GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN


             8.1    Guru bertugas harian hendaklah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum
                    masa persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 20 minit setelah sekolah
                    berakhir (setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik).


             8.2    Mengurus majlis perhimpunan harian/mingguan. Peralatan perlu disediakan awal dan
                    disemak/diuji supaya perhimpunan dapat dijalankan mengikut masa.


             8.3    Memastikan guru waktu terakhir meninggalkan bilik-bilik darjah yang telah dibersihkan,
                    sampah sarap dibuang, lampu, kipas dan tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.


             8.4    Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum
                    loceng pertama dibunyikan dan mengambil tindakan segera serta munasabah sekiranya di
                    perlukan.


             8.5    Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan
                    sekolah. Tandas murid hendaklah diperiksa kebersihannya setiap awal pagi pada setiap hari.
                    Bertindak segera memberitahu pekerja swasta membersihkannya jika tandas didapati kotor
                    pada hari berkenaan (kebersihan lantai, mangkuk tandas dan sinki).

             8.6    Mengisi Borang Markah Kebersihan dan Keceriaan Kelas.


             8.7    Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

             8.8    Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghubungi ibu bapa pelajar serta menghantar
                    mereka ke hospital jika perlu.



            SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN                                                    34
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47