Page 41 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 41
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi
3.0 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH
3.1 Guru-guru dan staf sokongan tidak bolah meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran
Pengetua / PK / GKMP.
3.2 Guru dan staf sokongan yang keluar semasa waktu bekerja perlu mengisi borang
kebenaran untuk mendapat kelulusan dan ditandatangani oleh Pengetua / PK / GKMP.
3.3 Pastikan “punch out” keluar dilakukan apabila keluar dan “punch in” apabila masuk ke
sekolah.
3.4 Guru dan staf sokongan yang pergi untuk mendapatkan rawatan di hospital perlu
mendapatkan ‘time slip’ dan jika melebihi daripada 4 jam perlulah mengambil Cuti Rehat
Khas (CRK) atau Cuti Rehat (CR).
4.0 ETIKET BERPAKAIAN
4.1 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut mengikut etiket
berpakaian kakitangan awam.
4.1.1 Sentiasa memakai tanda nama.
4.1.2 Berpakaian batik pada setiap hari Khamis.
4.1.3 Berpakaian rasmi sekolah pada hari program khas sekolah.
4.1.4 Memakai kasut bertutup penuh.
4.1.5 Memakai pakaian formal semasa bekerja.
4.1.6 Memakai baju pasukan Unit Uniform guru pada setiap hari Rabu dan
Perhimpunan Kokurikulum (Isnin ke-3 setiap bulan).
5.0 PEKELILING IKHTISAS / PERINTAH AM PEGAWAI AWAM
5.1 Sila rujuk dan patuhi surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan seperti :
5.1.1 Surat Bil. 3/1961 – Penggunaan Waktu Tidak Mengajar
5.1.2 Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) – Menyedia dan menghantar BPM.
5.1.3 Surat Bil. 1/1972 – Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959
5.1.4 Surat Bil. 5/1977 – Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah
5.1.5 Surat Bil. 3/2005 – Cuti Rehat Khas
5.1.6 Surat Bil. 6/1985 – Peraturan Pakaian Guru
5.1.7 Surat Bil. 13/2005 – Pelaksanaan 5 hari bekerja dan boleh melaksanakan aktiviti pada
hari Sabtu.
5.1.8 Cabutan Perintah Am. Peg. Awam – Kelakuan dan Tatatertib (Bab D) dan pekeliling-
pekeliling lain yang berkaitan profesion keguruan.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 33

