Page 47 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 47
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi
13.2 BUKU SPBT
i Memastikan buku pinjaman diagih kepada semua murid.
ii Mengemaskini borang SPBT dan memastikan murid menandatangani penerimaan
dan pemulangan buku.
iii Memastikan murid membalut dan menulis nama dan kelas di setiap buku berkenaan.
13.3 PENDAFTARAN MURID BAHARU
i Guru tingkatan menerima kemasukan murid baru dari PK HEM.
ii Guru tingkatan akan mendaftarkan murid baru dalam buku pendaftaran murid.
Guru kelas mesti mengemaskini butir-butir diri murid di buku pendaftaran tersebut
secepat mungkin. Nombor pendaftaran murid hendaklah dicatat dalam Buku
Kedatangan Murid setiap bulan.
iii Guru tingkatan mesti menerima buku kemajuan pelajar, kad Kokurikulum, kad
kesihatan, Laporan Adab Pelajar dan lain-lain dokumen yang perlu dari sekolah
lama murid.
iv Mengambil butir-butir diri yang diperlukan daripada murid (seperti surat beranak
dan salinan kad pengenalan).
13.4 MURID PINDAH
i. Memastikan semua dokumen seperti kad kemajuan, buku kesihatan, kad rawatan
pergigian dipulangkan kepada murid. Catat semua dokumen yang diserahkan di
dalam borang rekod pengambilan fail murid. Pastikan borang ini ditandatangani
oleh ibu bapa/penjaga.
ii Memastikan hal-hal peperiksaan telah selesai diuruskan.
13.5 PENDAFTARAN SUKAN/PERMAINAN, PERSATUAN/KELAB DAN UNIT
BERUNIFORM.
i Memastikan setiap murid mempunyai rumah sukan.
ii Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan
senarai nama mereka mengikut persatuan/kelab, sukan/permainan dan badan
beruniform.
iii Menggalakkan murid-murid bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan juga aktiviti
ko-kurikulum.
iv. Memastikan setiap murid mempunyai Kad Penilaian Kokurikulum.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 39

