Page 46 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 46

SMK RAWANG 2020
                                                                   Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi

            13.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN



                13.1    PENGURUSAN KELAS

                          i.  Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua
                              kelas, bendahari, AJK kebersihan dan AJK keceriaan. Memastikan AJK kebersihan
                              mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan putih, menyapu lantai, mengelap
                              tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.


                          ii.  Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

                              a) Visi / Misi sekolah
                              b) Carta organisasi kelas
                              c) Jadual waktu
                              d) Jadual tugas murid
                              e) Moto kelas
                              f) Sudut mata pelajaran dan maklumat KBAT
                              g) Perabot kelas diinventorikan
                                  - Kerusi
                                  - Meja
                                  - Meja dan kerusi guru
                                  - Papan putih
                                  - Papan kenyataan
                               h) Alat tulis dan alat pembersihan kelas: pemadam papan putih, penyapu, bakul
                                 sampah, penyapu habuk dan pengaut sampah.

                          iii. Memastikan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
                              selamat digunakan. Beri maklumat ke pejabat segera apabila berlaku kerosakan.

                          iv. Melaporkan perabot yang rosak dan cermin tingkap yang pecah dengan kadar
                              segera. Catat aduan di dalam buku rekod kerosakan di kaunter pejabat untuk
                              diambil tindakan oleh Penolong Kanan bagi perkara (iii) dan (iv).

                          v.  Membimbing AJK kelas yang dilantik menjalankan tugas.


                          vi. Mengisi APDM selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir.

                         vii. Menentukan semua maklumat yang dikehendaki ada di dalam APDM lengkap
                              sebulan selepas sesi persekolahan bermula.

                         viii. Memastikan laporan APDM dicetak dan disimpan di dalam fail yang disediakan di
                              pejabat.

                          ix  Mengisi maklumat diri murid dalam Buku Pendaftaran Kemasukan Murid.





            SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN                                                    38
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51