Page 28 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 28

PENSYARAH BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN

              Pensyarah Bertugas Harian

              1.  Ketua  Pensyarah  bertugas  bertanggungjawab  menyelaras  dan  mengagihkan  tugasan  kepada  ahli-ahlinya  bagi
                  minggu tersebut.
              2.  Membuat laporan di akhir  minggu bertugas dan membentangkan laporan semasa di perhimpunan Rasmi Kolej..
              3.  Memastikan Senarai Nama Pensyarah Bertugas  Harian dipaparkan di Papan Kenyataan  Pensyarah Bertugas
                  Harian.
              4.  Memastikan persiapan dan kelancaran majlis di Perhimpunan Rasmi.
              5.  Berada  bersama pelajar bagi tujuan pemantuan dan disiplin pelajar.
              6.  Menyambut kehadiran pelajar dengan konsep sekolah penyayang di waktu pagi dan waktu balik serta mencatat
                  kehadiran pelajar yang lewat.
              7.  Menghantar laporan pelajar lewat ke unit disiplin untuk tindakan selanjutnya
              8.  Menjalankan operasi secara rawak :
                  (i)  memastikan pelajar menolak motosikal semasa datang ke tempat letak kenderaan menolak dari tempat letak
                      kenderaan ke pondok pengawaldan semasa balik
                  (ii)  mengawasi tandas dan tempat-tempat “hot spot” dengan bantuan pengawas semasa rehat
                  (iii)  memastikan perjalanan waktu rehat pelajar di kantin selesa, bersih dan terkawal
                  (iv)  memantau kemudahan dan keadaan fizikal blok, pendawaian atau lainnya   untuk tindakan selanjutnya
                  (v)  memastikan hanya pelajar yang sakit dibenarkan berada di bilik sakit
                  (vi)  memastikan tiada pelajar yang mengambil kesempatan ponteng atau tidur sewaktu PdPc khususnya di surau
                  (vii) terlibat bersama Unit Disiplin jika ada operasi
                  (viii) memastikan disiplin pelajar jika terdapat sebarang aktiviti-aktiviti kolej


              GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERHIMPUNAN KOLEJ

                  PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

                  1.  Perhimpunan rasmi mingguan diadakan pada pagi Isnin minggu pertama setiap bulan di Dewan Harmoni.
                  2.  Semua pensyarah diwajibkan hadir dan mengambil tempat di tempat yang telah ditetapkan.
                  3.  Hanya pensyarah bertugas sahaja dibenarkan berada di lokasi lain selain di Dewan Harmoni bagi tujuan
                     pengawasan pelajar.

                  Peringatan:-

                           Kehadiran pensyarah dalam perhimpunan adalah direkodkan melalui Buku Dokumen Kehadiran yang
                            diedarkan semasa perhimpunan.
                           Kegagalan  menandatangani  dokumen  berkenaan  –  Pensyarah  dianggap  tidak  hadir  majlis
                            perhimpunan.


                  MAJLIS BACAAN YAASIN (SETIAP PAGI JUMAAT)

                  1.  Pada hari setiap hari Jumaat  semua pensyarah dan pelajar beragama Islam akan membaca Surah Yaasin di
                     Dewan Harmoni.
                  2.  Semua pensyarah dan pelajar beragama Islam adalah diwajibkan untuk menyertai majlis ini.
                  3.  Majlis akan bermula jam 7.45 pagi dan pelajar dan Pensyarah Islam mestilah berada di Dewan Harmoni
                     sebelum waktu berkenaan.
                  4.  Pelajar bukan Islam pula wajib mengikuti sesi Pendidikan Moral yang diuruskan oleh Pensyarah Pendidikan
                     Moral.



                                                                                                            23
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33