Page 7 - Buku Program Mesy Agung PIBG Ke-29 2019
P. 7
Ucapan Pengetua Cemerlang
SMK TELOK KUMBAR
(PN. KU MARIAM BINTI KU ISKANDAR)
Yang berusaha En. Seri Lanang Bin Dato’ Shamsuri, YDP PIBG SMK Telok Kumbar, Pn.
Nor Laili Binti Ismail, Naib YDP PIBG SMK Telok Kumbar, En. Amran Bin Othman,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Telok Kumbar, Pn. Hajah Rusiah Binti Saad,
Penolong Kanan HEM SMK Telok Kumbar, Pn. Nadzirah Binti Abdul Hamid, Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Telok Kumbar, AJK PIBG, ibu bapa , guru-guru dan
seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.
Pertamanya, izinkan saya menzahirkan ungkapan terima kasih kepada semua
kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri satu lagi agenda pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Terima kasih tidak terhingga juga kepada YDP
dan ahli jawatankuasa PIBG yang sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan
apa-apa jua majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kita perlu sedar, majlis
seumpama ini amat penting untuk diadakan bagi merapatkan lagi hubungan
kemesraan antara kami sebagai warga sekolah dengan komuniti luar amnya dan
secara khususnya dengan ibu bapa.
Tuan – tuan dan puan – puan sekalian,
Asas hubungan yang kukuh antara pihak kami dengan pihak tuan-tuan dan
puan-puan amat membantu dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak kita
seterusnya melahirkan individu – individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak – anak sangat saya hargai dan
harapkan.
Ibu – ibu dan bapa – bapa sekalian,
Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata –
mata. Kami sebagai guru hanya memberi ilmu pengetahuan dan murid – murid
bersedia menerima apa yang disampaikan. Apa yang diterima oleh murid akan
hilang jika tidak diulangkaji dan diasah. Di sini letaknya peranan tuan-tuan dan
puan-puan sebagai ibu bapa. Anda perlu bertindak sebagai pendorong,
menggalakkan anak – anak belajar, mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan
kerja rumah. Jangan kita terlalu ikut kehendak anak - anak, terlalu memanjakan
mereka kerana sikap sebegini akan merugikan kita sebagai ibu bapa pada masa
akan datang.
7 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29

