Page 5 - Buku Program Mesy Agung PIBG Ke-29 2019
P. 5

Ucapan Yang Dipertua PIBG


                                         SMK TELOK KUMBAR

                             (EN. SERI LANANG BIN DATO’ SHAMSURI)



              Bismillahirrahmaniirahim.
              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

              Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.
              Yang Berusaha Pn. Ku Mariam Binti Ku Iskandar, Pengetua SMK Telok Kumbar,
              Yang Dihormati Naib YDP PIBG dan Barisan AJK PIBG Sesi 2018/2019
              Yang Dihormati Barisan Pentadbir Sekolah

              Yang Dihormati Ibu Bapa dan Barisan Guru SMK Telok Kumbar.


                      Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita

              berkumpul  dalam  Majlis  penting  pada  pagi  ini  untuk  bersama-sama  menjayakan
              Mesyuarat  Agung  PIBG  SMK  Telok  Kumbar  Kali  ke-29.    Setinggi-tinggi  terima  kasih
              diucapkan  kepada  semua  ibu  bapa  dan  guru-guru  yang  hadir  serta  meluangkan

              masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar pagi ini.

              Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian


                      Tugas  dan  tanggungjawab  kita  sebagai  ibu  bapa  dan  guru  semakin  hari

              semakin berat pada zaman yang kian mencabar ini. Keadaan hari ini bukan seperti
              zaman  ibu  dan  ayah  kita  mendidik  kita  dahulu.  Untuk  membolehkan  kita
              mengamalkan  corak  didikan  ibu  bapa  kita  dan  guru  masa  lalu  bukanlah  perkara
              mudah terutama pada tahun yang mendatang ini. Kita menghadapi titik perubahan

              yang menjadikan tugas ibu bapa semakin sukar.


                      Adakah kerana zaman yang berubah atau kerana sistem pendidikan ataupun

              sememangnya kerana kesilapan ibu bapa masa kini dalam mendidik, mengajar dan
              mengasuh  anak-anak?  Begitu  juga  dalam  bab  disiplin  anak-anak  kita,  dari  zaman
              prasekolah, sekolah rendah dan kini menempuhi alam remaja. Jika tanpa bimbingan

              yang sempurna bermula dari institusi keluarga dan disokong oleh sistem pendidikan

              dan pembangunan akhlak anak kita di sekolah, sudah  tentu lagi cepat anak-anak
              kita terjerumus ke arah yang tidak elok.











        5 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10