Page 155 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 155
KELEBIHAN INOVASI
Secara khususnya, SCIENCE QUEST amat sesuai digunakan sebagai salah satu
amalan terbaik dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Program
Kecemerlangan Akademik menggantikan konsep Latih Tubi. Kelebihan SCIENCE
QUEST merangkumi 3 aspek utama:
1. Murid
1.1 Murid lebih yakin dalam menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebenar.
1.2 Dapat meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.
1.3 Murid ‘enjoy’ dan tidak menghadapi tekanan dibandingkan dengan kaedah latih
tubi sebelum ini malah berminat bergiat secara aktif dalam membincangkan set
soalan modul.
2. Persekitaran
2.1 Pentadbir dapat meningkatkan pencapaian akademik sekolah seterusnya Key
Performance Indicator (KPI) dapat dicapai seperti yang telah ditetapkan.
2.2 Rakan guru dapat mengaplikasi kaedah latih tubi ini dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) mereka. Secara tidak langsung guru mempelajari kaedah
amalan terbaik baharu.
3. Guru
3.1 SCIENCE QUEST tidak membebankan malahan boleh dijalankan secara santai.
Murid ‘enjoy’ dan guru ‘enjoy’.
3.2 Memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui kaedah latih
tubi, guru memainkan peranan menyediakan modul selebihnya akan dikendalikan
oleh guru muda iaitu dalam kalangan murid sendiri.
3.3 Memudahkan dan mempelbagaikan metadologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP)
3.4 Memantapkan penguasaan kefahaman pembinaan soalan atau item mengikut
Jadual Spesifikasi Item (JSI) format PT3.
155

