Page 153 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 153
(a) Perbandingan Gred Purata Ujian Pra PDA dan Ujian Pos (PT3
2019)
Melalui keputusan pencapaian murid, didapati Gred Purata murid dalam Ujian Pos iaitu
Pentaksiran Tingkatan 3 adalah 1.58 berbanding Gred Purata dalam Ujian Pra iaitu Ujian
Diagnostik Akademik (Percubaan PT3) sebanyak 3.54. Ini menunjukkan peningkatan yang
ketara iaitu sebanyak 1.96 selepas pelaksanaan Science Quest ini diadakan. Gred purata
yang lebih baik ini dicapai adalah kerana Bilangan murid yang mendapat gred A dan gred B
meningkat manakala bagi gred C, gred D dan gred E dapat dikurangkan.
JENIS A B C D E F JUMLAH GRED
PENTAKSIRAN MURID PURATA
Ujian Pra
(PDA 2019) 0 20 47 51 2 139 3.54
19
Ujian Pos (PT3
2019) 70 59 11 0 0 0 140 1.58
Rajah 8: Jadual menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam Ujian Pra (PDA 2019) dan Ujian
Pos (PT3 2019)
(b) Perbandingan Gred Purata PT3 2019 dan PT3 2018
Berdasarkan perbandingan pencapaian murid di dalam PT3 2019 dan PT3 2018, didapati
terdapat perbezaan peningkatan sebanyak 0.81. Gred purata PT3 2018 ialah 2.39 manakala
bagi PT3 2019 pula meningkat kepada 1.58. Sampel murid PT3 2018 diambil sebagai
sampel yang tidak menjalani Science Quest iaitu hanya menggunakan kaedah latih tubi
secara konvensional manakala sampel murid 2019 ialah murid yang telah menjalani Science
Quest. Ini dapat menunjukkan keberkesanan pelaksanaan Science Quest dalam
meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3.
Secara keseluruhannya, Science Quest dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid
dengan menggunakan amalan terbaik dalam aktiviti latih tubi. Ini adalah berdasarkan analisis
kajian kami yang telah dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah ini juga telah disuai
padan pelaksanaannya ke atas beberapa mata pelajaran yang lain di sekolah kami seperti
153

