Page 151 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 151
Respon murid menunjukkan terdapat murid yang setuju dan sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Namun begitu, segelintir murid tidak bersetuju kerana Science Quest ini
hanya melibatkan seorang guru muda bagi setiap kumpulan.
Soalan 4:
Science Quest memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.
Hasil dapatan soal selidik menunjukkan hampir keseluruhan respon murid bersetuju bahawa
semangat kerjasama dalam pasukan dapat dipupuk semasa Science Quest diadakan. Ini
adalah kerana Science Quest ini merupakan satu kaedah latih tubi yang dijalankan secara
berkumpulan keseluruhannya.
Soalan 5:
Science Quest mengwujudkan persaingan sihat antara saya dan rakan-rakan. Kebanyakkan
murid menunjukkan respon sangat bersetuju bahawa persaingan sihat antara rakan-rakan
dapat diwujudkan melalui Science Quest. Namun begitu, masih terdapat sebilangan kecil
iaitu kurang daripada 10% yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Rajah 5: Carta Palang menunjukkan Respon Keberkesanan Science Quest ke atas keyakinan dan
motivasi diri murid
151

