Page 154 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 154

mata pelajaran Matematik dan Sejarah. Pelaksanaan ini juga telah memberi impak yang
               besar dan mendapat respon yang positif dalam kalangan guru-guru dan murid-murid yang
               terlibat.







                                     POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN


               SCIENCE QUEST amat berpotensi untuk disebarluas kepada sekolah lain sama ada dalam
               kalangan murid yang berbeza tahap pengetahuan terhadap mata pelajaran SAINS. Secara
               khususnya SCIENCE QUEST amat sesuai dijadikan sebagai salah satu Program
               Kecemerlangan Akademik (PKA) dalam kalangan murid-murid Sekolah
               Menengah seluruh Malaysia. Antara faktor yang menunjukkan bahawa SCIENCE QUEST
               berpotensi untuk disebarluaskan adalah seperti berikut:


                   1.  Semua murid tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kerajaan dan bukan Kerajaan yang
                      perlu menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Dalam kajian inovasi menyatakan

                      tahap  minat  yang  tinggi  serta  murid  memberi  respon  positif  terhadap  SCIENCE
                      QUEST.


                   2.  Modul  soalan  yang  sistematik  dan  bersasar  boleh  digunakan  mengikut  kesesuaian

                      tahap  murid.  Murid  menyelesaikan  soalan-soalan  yang  diberikan  seterusnya
                      meningkatkan penguasaan murid terhadap teknik menjawab soalan yang betul dan
                      tepat. Modul soalan SCIENCE QUEST bukan melibatkan semua soalan yang terdapat

                      dalam  Pentaksiran  Tingkatan  3  (PT3),  tetapi  menjurus  kepada  soalan  Kemahiran
                      Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


                   3.  Bahan yang terlibat dalam aktiviti inovasi SCIENCE QUEST mudah didapati dan boleh

                      di kitar semula atau bahan yang terdapat di makmal sains selaras dengan kehendak
                      item  atau  soalan  Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  berbentuk  rekacipta.  Ini

                      bermakna,  SCIENCE  QUEST  tidak  membebankan  malah  semua  murid  berpotensi
                      untuk terlibat dalam aktiviti inovasi.











                                                             154
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159