Page 152 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 152

Secara keseluruhannya, respon murid ke atas pelaksanaan Science Quest ini
               menunjukkan impak yang positif dalam kalangan murid. Mereka juga bersetuju bahawa
               Science Quest ini dapat membantu mereka dalam pencapaian PT3 yang lebih baik. Ini dapat
               dibuktikan melalui respon mereka dalam soal selidik yang dijalankan. Sebanyak 95.2%
               bersetuju bahawa Science Quest ini sangat mebantu mereka dalam peningkatan pencapaian
               yang lebih baik.




















                     Rajah 6: Carta Pai menunjukkan Respon Keberkesanan Science Quest bagi meningkatkan
                                                pencapaian murid dalam PT3

                      Selain itu, respon murid hampir 100% iaitu 98.4% menyokong agar program Science
               Quest ini diteruskan. Hasil daripada dapatan ini menunjukkan Science Quest mendapat
               sokongan yang amat baik dalam kalangan murid.






















                     Rajah 7: Carta Pai menunjukkan Respon Keberkesanan Science Quest bagi meningkatkan
                                               pencapaian murid    dalam PT3


               Keberkesanan program Science Quest ini bukan hanya dinilai berdasarkan kualitatif sahaja
               dengan merujuk kepada minat dan keyakinan diri murid. Ia juga dinilai berdasarkan
               kuantitatif yang boleh diukur. Ia merujuk kepada pencapaian gred purata murid dalam PT3.








                                                             152
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157