Page 58 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 58

asas pendaraban di rumah dan melaksanakan pembelajaran secara kendiri tidak


                   tercapai.

                   Justeru  itu,  saya  mula  memikirkan  penyelesaian  dan  kaedah  yang  dapat


                   memenuhi objektif saya dan mampu menarik perhatian murid untuk seronok dan

                   minat  belajar  tajuk  darab.  Saya  merasakan  satu  kaedah  atau  inovasi  yang


                   mengambil kira kecerdasan pelbagai murid perlu dihasilkan bagi membantu murid

                   mengatasi masalah mereka. Oleh itu saya telah mengkaji dan memilih untuk fokus


                   kepada 5 jenis kecerdasan pelbagai murid iaitu kecerdasan linguistik, kecerdasan

                   logik-matematik,  kecerdasan  spatial/visual-ruang,  kecerdasan  kinestetik  jasmani


                   dan  kecerdasan  interpersonal  dalam  menarik  minat  mereka  untuk  belajar  topik

                   pendaraban.  Kecerdasan  linguistik  merujuk  kepada  kebolehan  murid


                   menggunakan  bahasa  secara  lisan  dan  bertulis  dan  keupayaan  dalam

                   menggunakan bahasa untuk mencapai matlamat tertentu. Contohnya murid belajar


                   matematik  melalui  penulisan  fiksyen  seperti  cerita  grafik,  membina  masalah

                   (problem solving), masalah berayat dan sebagainya. Kecerdasan logik-matematik


                   pula  terdiri  daripada  keupayaan  untuk  menganalisis  masalah  secara  logik,

                   berupaya  menjalankan  operasi  matematik,  dan  mengkaji  sesuatu  isu  secara


                   saintifik.  Murid  yang  memiliki  kecerdasan  ini  berupaya  untuk  mengesan  pola,

                   berhujah  secara  deduktif  dan  berfikir  secara  logik.  Kebiasaannya  murid  yang


                   memiliki kecerdasan ini tidak mempunyai masalah dalam kelas matematik. Aktiviti

                   pengukuhan  perlu  diberikan  seperti  menyelesaikan  teka-teki  logik  matematik,


                   sudoku,  segi  empat  sama  ajaib,  peta  minda,  blok  pemikiran  dan  sebagainya.

                   Kecerdasan  spatial/visual-ruang  merujuk  kepada  kebolehan  seseorang  untuk


                   memanipulasi  dan  mewujudkan  imej  mental  dalam  menyelesaikan  masalah.






                                                              58
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63