Page 59 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 59

Mereka juga mampu melihat dunia visual dengan tepat, melaksanakan perubahan


                   dan pengubahsuaian pada pandangan mereka, dan mampu untuk mencipta jika

                   tiada apa-apa rangsangan fizikal. Kecerdasan kinestetik-jasmani pula melibatkan


                   potensi  penggunaan  seluruh  badan  atau  bahagian  tubuh  seseorang  untuk

                   menyelesaikan  masalah.  Murid  dalam  kategori  ini  sukakan  pembelajaran


                   berbentuk  hands-on  seperti  bertukang,  berlakon  dan  manipulatif  bahan  seperti

                   mencipta  kraftangan.  Manakala  murid  yang  memiliki  kecerdasan  interpersonal


                   berkemampuan untuk memahami tujuan, motivasi dan kehendak orang lain. Murid

                   dalam kategori ini membolehkan mereka bekerja dengan berkesan dengan orang


                   lain.  Murid  dapat  bekerja  dalam  kumpulan,  memberi  kerjasama  bersama  ahli

                   kumpulan  lain,  mampu  memberi  pandangan  dan  mendengar  pendapat  serta


                   mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

                   Akhirnya saya dapat menyiapkan dan menjayakan projek inovasi My iGS Kit yang


                   fokus kepada 5 pelbagai kecerdasan murid. Melalui My iGS Kit, murid berpeluang

                   berfikir dan membina sendiri gelang yang dikenali sebagai gelang sifir berdasarkan


                   pemahaman  mereka  terhadap  konsep  pendaraban.  Selain  itu,  tiga  buah  modul

                   berdasarkan 3 aras kesukaran dibangunkan iaitu Modul i-GS, Modul i-GILAP dan


                   Modul  i-GENIUS  digubal  untuk  meningkatkan  kefahaman  murid.  Murid  yang

                   mengalami  masalah  pembelajaran  pula  dibantu  dengan  video  interaktif  yang


                   menarik. Akhir sekali permainan i-Game Kad Gelang Sifir boleh dijadikan sebagai

                   aktiviti pengukuhan untuk murid menguji kecekapan dan pengetahuan yang dibina


                   terhadap topik pendaraban.

                   Alhamdullilah berkat sokongan daripada semua pihak projek My iGS Kit telah siap


                   dan boleh digunakan oleh semua murid di SK Batu Berendam.






                                                              59
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64