Page 27 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 27

DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SESTER 2020

        1.  PANDUAN AM

            1.1.  Selaku  pegawai  kerajaan,  guru  adalah  tertakluk  kepada  segala  arahan  yang  terdapat
                  dalam  Perintah  Am  Kerajaan.  Oleh itu semua  guru  dikehendaki membaca, memahami
                  dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
            1.2.  Guru dan staf  sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
                  mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
            1.3.  Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai
                  satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.
            1.4.  Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
                  Perkhidmatan Cemerlang.
            1.5.  Guru  hendaklah  mengamal  dan  menghayati  Falsafah  dan  Matlamat  Pendidikan
                  Kebangsaan.
            1.6.  Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah
            1.7.  Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah
            1.8.  Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
            1.9.  Meletakkan  kepentingan  murid  dan  sekolah  lebih  daripada  kepentingan  diri  dalam
                  menjalankan tugas.
            1.10.  Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah
                  dan menjaga harta benda sekolah.
            1.11.  Sentiasa  mengamalkan  kepimpinan  yang  berkesan  dan  dinamik  serta  cekap
                  menjalankan tugas.
            1.12.  Kawasan sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok.
            1.13.  Sebarang jualan langsung adalah dilarang di sekolah.
            1.14.  Semua guru adalah guru disiplin
            1.15.  Semua guru adalah guru kaunseling.

          2.  KEDATANGAN GURU DAN AKP

            2.1.  Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
            2.2.  Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah selewatnya 7.25 pagi dan mengetip
                 waktu semasa sampai dan sebelum balik di depan pintu pejabat sekolah.
            2.3.  Kegagalan guru menanda dan mengetip kedatangan dianggap tidak hadir bertugas  pada
                 hari tersebut dan guru berkenaan boleh diambil tindakan tatatertib.
            2.4.  Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
                 dan  sebab-sebab  yang  sewajarnya.    Guru  perlu  memaklumkan  /  mendapatkan
                 kebenaran Pengetua melalui telefon secepat mungkin.
            2.5.  Semua  urusan  peribadi  guru  hendaklah  dibuat  di  luar  waktu  sekolah  kecuali  dalam
                 keadaan kecemasan.




           ________________________________________________________________________________________
                                                                           Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                                 27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32