Page 30 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 30
4.7. Cuti Tanpa Rekod
4.7.1. Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, Cuti
latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan tahunan perrtubuhan / persatuan,
menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan,
tugas khas perubatan
4.8. Cuti Kematian Keluarga Terdekat
4.8.1. Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari
sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah :suami atau isteri,
anak-anak, ibu dan bapa kandung dan atau mertua. Pengiraan cuti termasuk hari
rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
4.9. Cuti Tanpa Rekod (CTR) bagi tujuan Mahkamah di Luar Stesyen
4.9.1. Membolehkan pegawai hadir sebagai saksi
4.9.2. Pegawai disapina untuk hadir di mahkaman sebagai saksi pihak Kerajaan
4.9.3. Pegawai disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi pihak bukan kerajaan
4.9.4. Diberi pelepasan meninggalkan pejabat bagi tempoh diperlukan jika menghadiri
mahkamah di dalam stesen pegawai bertugas
4.9.5. Cuti tanpa rekod bagi hari-hari yang diperlukan hadir di mahkamah dengan tambahan
sehari sebelum dan selepas bagi maksud perjalanan jika menghadiri mahkamah di
luar stesen pegawai bertugas.
4.10. Cuti Tanpa Rekod (CTR) bagi tujuan Umrah
4.10.1. Diberikan kepada pegawai beragama islam sekali sepanjang perkhidmatan
maksima 7 hari bermula dari tarikh penerbangan
4.11. Cuti Kurantin
4.11.1. Diberikan kepada pegawai yang dikurantin di lapangan terbang atau pelabuhan
serta anak yang sakit berjangkit maksima selama 5 hari berturut-turut dalam
setahun bagi setiap anak.
5. PAKAIAN
5.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan, status penjawat
awam dan adab budaya masyarakat timur.
5.2. Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi
guru perempuan.
5.3. Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, Guru perempuan juga dikehendaki
memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya lebih kemas dan rasmi. Guru yang
mempunyai masalah kesihatan perlu memaklumkan Pengetua.
5.4. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
5.5. Semua guru hendaklah memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan
pakaian beruniform kokurikulum pada setiap hari Selasa (kokurikulum)
5.6. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
30

