Page 29 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 29

4.3.  Cuti Tanpa Gaji

                 4.3.1. Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
                      persendirian yang mustahak.
                 4.3.2. Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis
                      semua cuti rehatnya.
                 4.3.3. Kelayakan  Cuti  Tanpa  Gaji  ialah  30  hari  bagi  tiap-tiap genap  tahun perkhidmatan
                      tetapi tidak melebihi 180 hari.
                 4.3.4. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
                      tahun.
                 4.3.5. Kelulusan  Cuti  Tanpa  Gaji  yang  tidak melebihi  14  hari  setahun  adalah  diluluskan
                      oleh  Pengarah  Pendidikan  Negeri.    Cuti  yang  melebihi  15  hari  diluluskan  oleh
                      Kementerian  Pendidikan  Malaysia.    Borang  permohonan  hendaklah  dihantar  ke
                      Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

           4.4.  Cuti Rehat Khas

                 4.4.1.  Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
                 4.4.2. Cuti  Sambilan  tidak  lebih  daripada  sepuluh  (10  )  hari  yang  diberikan  kepada
                      Pegawai  Perkhidmatan  Pendidikan  di  perenggan  8,  Pekeliling  Perkhidmatan
                      Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh ( 10 ) hari
                      dalam satu tahun kalendar.
                 4.4.3. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya
                      tetapi  dibenarkan  untuk  dikumpul  bagi  tujuan    Pemberian  Wang  Tunai  Gantian
                      Rehat bagi pegawai yang layak.
                 4.4.4. Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan
                      pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
                 4.4.5. Cuti ini boleh dilluluskan atas sebab-sebab kecemasan, upacara agama dan majlis
                      keraian  keluarga  bagi  tempoh  sepuluh  hari  dalam  setahun.  *(Permohonan
                      hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum bercuti, kecuali berlaku
                      kecemasan ) *- Syarat tambahan oleh pihak sekolah.

           4.5.  Cuti Keluar Negara

                 4.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan daripada
                      Jabatan  Pendidikan  Negeri.    Sila  isi  borang  permohonan  yang  ada  di  pejabat
                      selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

           4.6.  Cuti Khas Isteri Bersalin

                 4.6.1. Diberikan  selama  tujuh  (7)  hari  sebagai  cuti  tanpa  rekod  kepada  anggota
                      perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan
                      am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk




           ________________________________________________________________________________________
                                                                           Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                                 29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34