Page 28 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 28
3. KELUAR SEKOLAH PADA WAKTU MENGAJAR
3.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan
Pendidikan Terengganu / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran
daripada Pengetua.
3.2. Guru/kakitangan dikehendaki melengkapkan rekod keluar. Buku ini hendaklah sentiasa
disimpan di pejabat sekolah. Ini adalah sebahagian dari Perintah Am 5 Bab G
3.3. Guru diwajibkan mendapat kebenaran Pengetua dan mengetip kad perakam waktu
sebelum keluar.
3.4. Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi mestilah memohon cuti
rehat khas sekiranya tempoh masa bertugasnya pada hari tersebut tidak mencukupi
separuh daripada masa bertugas .
3.5. Bagi guru-guru yang ada temu janji hospital sila dapatkan time slip / cuti sakit (MC). Guru
diwajibkan mendapat kebenaran Pengetua dan mengetip kad perakam waktu serta
dicatatkan dalam buku rekod keluar oleh Pengawal Keselamatan.
3.6. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid.
4. CUTI
4.1. Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP)0046.SJ/A/(30) bertarikh 24
Disember, 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada
jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.
4.2. Cuti Sakit
4.2.1. Guru-guru dan staf sokongan SM Sains Kuala Terengganu yang tidak hadir bertugas
kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua mengikut tatacara berikut:
4.2.1.1. Menelefon Pengetua pada sebelah pagi, sebelum waktu rasmi persekolahan.
4.2.1.2. Melaporkan diri kepada Pengetua sebaik sahaja balik bertugas.
4.2.1.3. Menyerahkan sijil sakit kepada Pengetua.
4.2.1.4. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.1.5. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun.
4.2.1.6. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk menentukan pembayaran gaji.
4.2.1.7. Surat Cuti Sakit (MC) hendaklah diserahkan kepada Pengetua untuk
pengesahan dan seterusnya diserahkan ke pejabat dalam kad cuti pegawai
pada keesokan harinya.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
28

