Page 31 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 31
5.7. Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T @ baju trek, kasut sukan
tanpa tumit.
5.8. Guru lelaki – seluar trek, kemeja T berkolar dan kasut sukan.
5.9. ‘Baju Koperat’ TIDAK dibenarkan dipakai pada hari-hari persekolahan’
5.10. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai.
6. HUBUNGAN SESAMA GURU
6.1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesion yang baik dan sihat sesama
guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat
mewujudkan perasaan kekitaan.
6.2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /
kepercayaan kepada guru atau pun murid atau staf sokongan sekolah yang lain.
6.3. Hubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
7. BILIK GURU
7.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
7.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3. Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru tanpa diiringi guru.
7.4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
7.5. Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer,
lampu, pendingin hawa dimatikan dan semua pintu dikunci.
8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
8.1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
8.2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan atau Pengetua.
9. TANGGUNGJAWAB
9.1. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka
mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri
mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil
tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
31

