Page 42 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 42

d)  Berkelakuan  dengan  sedemikian  cara sehingga memburukkan  nama  atau
                              mencemarkan nama perkhidmatan awam:-
                                Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
                                Disabitkan dengan jenayah termasuk dengan sabitan dalam mahkamah
                                  syariah
                                Bermain judi di pejabat
                                Berkelakuan  tidak  senonoh  di  khalayak  termasuk mabuk,  biadap  atau
                                 menonjol-nonjol kepentingan sendiri.
                                Keterhutangan Kewangan yang serius
                                Tidak  dapat  menyesuaikan  diri  dengan  keadaan  sekelilingnya  dan
                                 sentiasa bertelingkah bukan sahaja dengan rakan-rakan sejawat tetapi
                                 dengan orang ramai.
                          e)  Kurang cekap atau kurang berusaha;
                                Tidak mempunyai daya utama dan lemah dalam daya pemikiran
                                Lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan tugas-tugasnya
                                Malas dan cuai dalam menjalankan tugas-tugasnya
                                Menanggung keterhutangan kewangan yang serius
                          f)  Tidak jujur atau tidak amanah
                                Mengemukakan bil dan tuntutan elaun sewa hotel paslu.
                                Membuat  tuntutan  palsu  mengenai  elaun  perjalanan,  loging,  makan,
                                  atau tambang pengangkutan ( lori ) semasa perpindahan,
                                Bedalih-dalih  atau  bercakap  bohong  dalam  apa-apa  jua  penyiasatan
                                 yang dijalankan terhadapnya.
                                Pura-pura sakit atau uzur.
                          g)  Tidak bertanggungjawab
                                 Menghasut Kakitangan Kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam
                                 menjalankan tugas-tugas mereka.
                                 Menjalankan tugas tanpa menghiraukan implikasinya terhadap jabatan
                                 khasnya dan kerajaan amnya.
                                 Mengambil  cuti  rehat  pada  saat-saat  perkhidmatannya  sangat
                                 diperlukan.
                                 Suka  mewujudkan  suasana  yang  tegang  di  pejabat  dengan  melaga-
                                 lagakan rakan-rakan sejawat untuk kepentingan diri sendiri.
                                 Bersikap tidak acuh pada tugas-tugas dan tanggungjawab.
                                 Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah.
                          h)  Membawa atau cuba membawa apa-apa jenis pengaruh atau tekanan luar
                              untuk  menyokong  atau  memajukan  tuntutan  berhubung  dengan
                              perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau
                              tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain.
                          i)  Ingkar  perintah  untuk  berkelakuan  dengan  apa-apa  cara  yang  ditafsirkan
                              dengan munasabah sebagai ingkar perintah;
                                 Enggan  atau  tidak  mahu  mengikuti  atau  menjalankan  atau
                                 melaksanakan arahan lisan atau tulisan pegawai kanan atau atasannya
                                 berhubung dengan tugas-tugas rasmi.
                                 Membantah atau melawan pegawai kanan atau atasannya.

           ________________________________________________________________________________________
                                                                           Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                                 42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47