Page 40 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 40
38.2. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab
hendaklah mengambil tindakan sewajarnya dengan segera dan melaporkannya kepada
Guru Bertugas.
38.3. Jika terdapat sesuatu yang boleh mengancam keselamatan pelajar, guru diminta
membuat pelaporan segera kepada pihak pengurusan.
38.4. Pengetua hendaklah diberitahu segera sekiranya ada berlaku kemalangan / kecederaan
terhadap murid atau guru.
38.5. Semua Ketua Bahagian / Panitia / Unit adalah bertanggungjawab mengadakan langkah-
langkah keselamatan dan peraturan atau tatacara keselamatan bagi bahagian masing-
masing.
39. PENGGUNAAN LCD, KOMPUTER DAN TV
39.1. Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan
39.2. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.
39.3. Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projector hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebarang
penggunaan yang menyalahi etika akan dikenakan tindakan tatatertib.
39.4. Pastikan TV dan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc
sebagaimana objektif penggunaannya.
40. DISIPLIN MURID
40.1. Setiap orang ialah guru disiplin. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua guru
memastikan peraturan-peraturan SM Sains Kuala Terengganu yang terdapat di dalam
Buku Panduan Murid dan lain-lain peraturan dipatuhi oleh murid-murid.
40.2. Jika berlaku perlanggaran disiplin SM Sains Kuala Terengganu, guru-guru hendaklah
menyelesaikannya seberapa segera yang boleh secara berhikmah. Seterusnya
dilaporkan kepada Guru Disiplin / Kaunselor Pelajar / Penolong Kanan HEM / Penolong
Kanan atau Pengetua.
40.3. Pengetua akan menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan pelajar
berpandukan
41. DOKUMENTASI
41.1. Setiap aktiviti sekolah mestilah didokumentasikan dan dihantar satu salinan selewat-
lewatnya 2 minggu selepas aktiviti dijalankan kepada Pengetua
41.2. Tanggungjawab menyiapkan laporan dokumentasi adalah Setiausaha Projek / Majlis
berkenaan.
41.3. Kandungan laporan mencakupi salinan kertas kerja, gambar setiap aktiviti, laporan post
mortem setiap ajk, laporan keseluruhan dan post mortem pengarah projek, pamplet/buku
aturcara, minit mesyuarat projek/majlis, kehadiran ibubapa-guru, surat menyurat,
dokumen-dokumen lain dan diakhiri dengan borang penilaian program oleh pengetua.
41.4. Kulit luar laporan dokumentasi mengikut warna yang telah ditetapkan iaitu:
o Pengurusan -
o Kurikulum -
o HEM -
o Kokurikulum -
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
40

