Page 39 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 39

34.  SURAT ARAHAN DAN PEKELILING
               34.1.  Setiap  arahan  dan  pekeliling  yang  dikeluarkan  oleh  Pengetua  hendaklah  dibaca
                     dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
               34.2.  Sekiranya  arahan  dan  pekeliling itu  diberikan  terus,  guru  hendaklah menyimpannya
                     di- dalam fail khas.

           35.  FAIL-FAIL SEKOLAH
               35.1.  Apabila guru-guru menerima fail yang telah diminitkan untuk sesuatu tindakan, guru
                     berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera serta mengikut arahan dan jangka
                     masa yang diberikan.
               35.2.  Sila pulangkan fail dengan segera setelah diambil tindakan.

           36.  MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS
               36.1.  Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, misalnya mewakili SM Sains Kuala
                     Terengganu  untuk membawa murid  bermain  atau menghadiri mesyuarat  bagi  pihak
                     SM Sains Kuala Terengganu atau diminta mengarahkan murid-murid melaksanakan
                     sesuatu, maka  tugas  itu  hendaklah  dilaksanakan  sendiri.  Pihak  yang  ditugaskan  itu
                     tidak  boleh  mengarahkan  orang  lain  melaksanakannya  tanpa  pengetahuan  /
                     kebenaran Pengetua.
               36.2.  Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain, kerana sesuatu
                     sebab  yang  tidak  dapat  dielakkan  dan  dipersetujui  oleh  yang  menggantikannya,
                     Pengetua haruslah diberitahu terlebih dahulu secara lisan dan bertulis
               36.3.  Tugas  yang  sepatutnya  dilaksanakan  oleh  guru  sendiri,  tidak  boleh  diserahkan
                     kepada murid-murid. Misalnya, mengawas kegiatan kokurikulum, mengisi kedatangan
                     pelajar dalam Buku Daftar Kedatangan, memegang kunci sekolah dan seumpamanya.
               36.4.  Catatan  Minit  Curai  hendaklah  dibuat  oleh  guru-guru  yang  menghadiri  mesyuarat,
                     seminar, taklimat, bengkel yang diadakan oleh PPD / JPNT / KPM.
               36.5.  Minit  Curai  yang  telah  siap  diisi  hendaklah  diserahkan kepada Pengetua dan  GPK/
                     GKMP yang berkenaan.

        37.  PENGGUNAAN ALAT-ALAT / HARTA BENDA SEKOLAH
            37.1.  Guru-guru adalah bertanggungjawab menjaga alat-alat atau harta benda SM Sains Kuala
                  Terengganu dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan sedia ada.
            37.2.  Dapatkan  kebenaran  daripada  pihak  yang  bertanggungjawab  menjaganya  dan  semua
                  pinjaman / penggunaan mestilah direkodkan.
            37.3.  Barang-barang  yang  dipinjamkan  mestilah  dipulangkan  dengan  segera  setelah
                  digunakan.
            37.4.  Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera.
            37.5.  Guru-guru  Tingkatan,  Makmal,  Pusat  Sumber  dan  lain-lain  guru  yang  terlibat  dengan
                  penggunaan perabot, hendaklah merekodkannya sekurang-kurangnya dua kali setahun
                  (awal tahun dan akhir tahun, sebelum SM Sains Kuala Terengganu ditutup).

        38.  KESELAMATAN MURID

            38.1.  Semua guru yang mengajar sama ada di dalam kelas, di makmal, di bilik ERT, bengkel
                  RBT  di  padang  atau  di  mana-  mana  sahaja,  adalah  bertanggungjawab  terhadap
                  keselamatan  murid-murud  di  bawah  jagaannya.  Oleh  itu,  guru  hendaklah  sentiasa
                  berhati-hati  dan  mengawal  dengan  rapi  setiap  gerak-geri  murid  supaya  tidak  berlaku
                  kemalangan atau kecederaan.

           ________________________________________________________________________________________
                                                                           Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                                 39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44