Page 38 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 38
27.2. Guru Kanan Mata Pelajaran / Pembantu Tadbir akan memeriksa buku stok Inventori ini
dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disemak oleh
Guru Penolong Kanan dan disahkan oleh Pengetua.
28. TANDA NAMA
28.1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi di
sekolah / di luar sekolah
29. TELEFON
29.1. Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah
dicatatkan ke dalam buku penggunaan telefon yang disediakan. Guru hendaklah
menggunakan telefon awam / kepunyaan sendiri jika atas urusan peribadi.
29.2. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdP di dalam bilik darjah dan
semasa mesyuarat berlangsung (whataaps, Facebook, twiter, games dan
seumpamanya
30. KUNCI
30.1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah
mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
30.2. Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
31. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
31.1. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
32. KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF / PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG)
32.1. Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli kelab guru dan staf sekolah.
32.2. Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli PIBG sekolah
32.3. Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli Koperasi sekolah
32.4. Semua guru mesti mendaftar sebagai ahli koperasi sekolah dan menjelaskan bayaran
pendaftaran dan saham sebagaimana yang telah ditetapkan oleh koperasi sekolah.
32.5. Semua guru dan staf tertakluk kepada sebarang keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf, Jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa Koperasi
33. MENYERTAI PERSATUAN GURU / YAYASAN GURU
33.1. Demi kepentingan Perkhidmatan Pendidikan dan Profesion Perguruan, guru-guru
adalah dinasihatkan supaya menjadi ahli kepada persatuan-persatuan berikut:
33.1.1. Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
(PPKPPM) yang dikhaskan kepada semua guru siswazah.
33.1.2. Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) iaitu,
untuk semua guru dan staf sokongan Perkhidmatan Pendidikan.
33.1.3. Lain-lain kesatuan / persatuan yang diiktiraf.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
38

