Page 41 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 41
42. KAJIAN TINDAKAN / KUMPULAN INOVASI KREATIF (KIK)
42.1. Semua Unit : Meliputi Kurikulum, HEM dan Kokurikulum digalakkan mengadakan kajian
tindakan dan didokumentasikan.
42.2. Semua guru mesti memberikan komitmen dan berkerjasama dalam kumpulan KIK
masing- masing.
43. SIJIL BERHENTI SEKOLAH, SIJIL AKUAN SEKOLAH DAN SIJIL PENGHARGAAN
43.1. Guru-guru Tingkatan 5 hendaklah menyediakan borang-borang Sijil Berhenti dan Sijil
Akuan Sekolah sebulan sebelum SM Sains Kuala Terengganu ditutup akhir tahun.
Borang borang yang telah diisi lengkap dan disemak dengan teliti hendaklah diserahkan
ke Pejabat SM Sains Kuala Terengganu pada tarikh yang ditetapkan.
43.2. Pastikan semua keterangan adalah benar dan tepat.
43.3. Murid yang gagal membayar yuran atau berhutang kepada SM Sains Kuala Terengganu
atau belum menyerahkan Buku Pinjaman SPBT hendaklah dimaklumkan ke pejabat SM
Sains Kuala Terengganu dengan menyerahkan Borang Murid Bermasalah untuk
tindakan selanjutnya.
43.4. Sijil-sijil Penghargaan, Kecemerlangan, Penyertaan dan sebagainya adalah
dianugerahkan kepada murid-murid Tingkatan 5 atau mana-mana murid yang berhenti
atau bertukar sekolah sahaja.
44. TATAKELAKUAN DAN LARANGAN-LARANGAN DALAM PERATURAN -PERATURAN
PEGAWAI AWAM ( KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 1993
44.1. Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( kelakuan dan tatatertib ) 1993 telah menetapkan
tatakelakuan dan peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh seseorang Pegawai
Perkhidmatan Awam. Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( kelakuan dan tatatertib )
1993 menyenaraikan tatakelakuan-tatakelakuan dalam Perkhidmatan Awam seperti
berikut:-
44.1.1. Seorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika
memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Dipertuan
Agong, Negara dan Kerajaan.
44.1.2. Seseorang pegawai tidak boleh :-
a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya
Menguruskan hal-hal perniagaannya atau perlaburan kepunyaan sendiri
atau saudara-maranya dan lain-lain tugas yang tidak berkaitan dengan
Pd P dalam waktu pejabat.
b) Berkelakuan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.
c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa :-
Dia membiarkan kepentingan persendirian ini bercanggah dengan
tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang
pegawai awam; atau
Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
41

