Page 55 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 55

DASAR KURIKULUM SESTER



               1.  LATAR BELAKANG

                  Kurikulum merupakan  ‘core  business’  bagi  setiap  guru  dan  murid  yang  belajar  di
                  sekolah  ini.  Penetapan  dasar  ini  mengambil  kira  keperluan  pendidikan  dan  selari
                  dengan  sistem  arus  perdana  dan  dasar  pendidikan  kebangsaan  serta  tidak
                  bercanggah  dengan  kehendak  Kementerian  Pendidikan,    JPN  serta  PPD.    Untuk
                  menjayakan dasar ini, semua guru mestilah memperoleh maklumat terkini mengenai
                  dasar pendidikan dan kurikulum semasa. Justeru diharapkan dasar yang ditetapkan

                  ini  dapat  menjadi  garis  panduan  kepada  perjalanan  dan  pengurusan  akademik
                  sekolah  ini,  yang  ada  kalanya  pada  sesuatu  keadaan,  program  akademik  adalah
                  diberi  keutamaan  sekiranya  bertembung  dengan  program  lain.  Dengan  kata  lain,
                  laluan akan diberikan kepada program akademik.


               2.  OBJEKTIF

                  Penetapan dasar ini adalah bertujuan:

                  2.1  menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah;

                  2.2  memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah;
                  2.3  memenuhi  standard  kualiti  pengurusan  akademik  selari  dengan  kehendak
                       Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

               3.  DASAR KURIKULUM

                  3.1  MESYUARAT:

                       3.1.1  Jawatankuasa kurikulum bermesyuarat minimum 4 kali setahun;
                       3.1.2  Mesyuarat Panitia, minimum 4 kali setahun, membincangkan:
                             Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
                             Kenal pasti murid yang bermasalah akademik berdasarkan post mortem

                              dan  cara  mengatasi  untuk  mencapai  target  yang  telah  ditentukan
                              berdasarkan ‘headcount’
                             Idea baru dalam perkongsian ilmu.
                             Perancangan  penggunaan  buku  latihan  /  BBM  serta  penggunaan

                              peruntukan PCG


        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                              54
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60