Page 57 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 57
3.4.3 Jumlah waktu pengajaran maksimum guru ialah 35 waktu seminggu
(masa 30 minit). Guru perlu maklumkan Pengetua jika melebihi tahap
maksimum ini.
3.4.4 Masa setiap satu waktu pengajaran ialah selama 30 minit.
3.4.5 Tambahan waktu bagi mana-mana mata pelajaran adalah dibenarkan
mengikut kesesuaian.
3.5 GURU GANTI:
3.5.1 Guru yang berkursus / cuti sakit / CRK, hendaklah memaklumkan
kepada Pengetua / PK, serta merekodkan ke dalam fail keluar masuk
guru untuk dicatatkan pada papan notis.
3.5.2 Guru yang mendapat maklumat awal sama ada berkursus /
bermesyuarat digalakkan :
menjual waktu PdP kepada guru lain
menggantikan pada masa yang lain
membuat tawaran dengan mengambil alih terlebih dahulu kelas
(sebelum keluar kursus / mesyuarat) dan akan digantikan sewaktu
guru tersebut sedang ikuti kursus / mesyuarat
mencari pengganti terlebih dahulu sekiranya kesukaran dalam berjual
beli waktu PdP.
3.5.3 Menyediakan bahan untuk kemudahan guru ganti dan disimpankan
ditempat yang senang untuk digunakan oleh mana-mana guru yang
menggantikan.
3.6 PEMANTAUAN
3.6.1 Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ):
3.6.1.1 PdP guru di bilik darjah akan dicerap sekurang - kurangnya 2
kali setahun dalam tempoh persekolahan
3.6.1.2 Semua guru akan dicerap sama ada oleh Pengetua, Penolong-
penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua
Panitia. Tentatif untuk jadual pencerapan akan dikeluarkan
setiap penggal.
3.6.1.3 Sebelum pencerapan dilakukan, guru disarankan untuk
berbincang untuk penetapan tarikh, masa dan persediaan BBM.
3.6.1.4 Selepas pencerapan dilakukan, sesi perbincangan untuk
penambahbaikan hendaklah dilakukan.
3.6.2 Pengurusan Panitia
3.6.2.1 Pengurusan Panitia adalah di bawah pengawasan dan seliaan
Penolong Kanan yang dibantu oleh Guru Kanan Mata Pelajaran
(GKMP).
3.6.2.2 GKPM perlu memastikan panitia di bawah seliaan masing-
masing membelanjakan peruntukan PCG secara berhemah
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
56

