Page 56 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 56
3.1.3 Surat panggilan mesyuarat diedarkan / dimaklumkan kepada guru
sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh mesyuarat
3.1.4 Minit mesyuarat hendaklah diedarkan selepas 5 hari mesyuarat dijalankan
3.2 PAKEJ MATA PELAJARAN:
3.2.1 Menengah Rendah:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Matematik, Sejarah, P.Agama
Islam, Sains, Pendidikan Seni Visual, Pend.Jasmani dan Pend. Kesihatan
(PJPK), Reka Bentuk Teknologi (RBT), Bahasa Cina, Bahasa Arab dan
Asas Sains Komputer (ASK).
3.2.2 Menengah Atas:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam,
Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, PSK, PJPK, Bahasa Cina dan
Bahasa Arab.
3.3 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH):
3.3.1 Sukatan Pelajaran yang terkini dan disimpan oleh semua guru dan
salinan panitia untuk semua tingkatan disimpan dalam fail panitia.
3.3.2 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) dihantar pada setiap hari
Khamis minggu berkenaan. Guru boleh menaip RPH dan dimasukkan ke
dalam Fail RPH, kecuali untuk refleksi, hendaklah ditulis tangan. Guru
juga boleh menggunakan eRPH dan dihantar khamis sebelum balik
bertugas.
3.3.3 Semua guru mesti membawa RPP setiap kali masuk ke kelas
3.3.4 Kelas PJPK perlu dijalankan sehingga hujung tahun.
3.3.5 Sukatan pelajaran bagi Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 hendaklah
diselesaikan pada bulan JUN.. Bagi tingkatan 1, 2 dan 4 hendaklah
diselesaikan pada bulan September. Bagi yang tidak dapat diselesaikan,
perlu menggunakan kelas tambahan untuk menghabiskan sukatan.
3.3.6 Selepas Peperiksaan Akhir Tahun, murid-murid tingkatan 1 dan 2
hendaklah diperkenalkan dengan topik mata pelajaran tingkatan 2 dan 3.
3.4 JADUAL WAKTU:
3.4.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta
Pendidikan.
3.4.2 Agihan mata pelajaran adalah diberi keutamaan kepada opsyen dan
kepakaran guru.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
55

