Page 60 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 60

3.12 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PERPUSTAKAAN

                       3.12.1  Sebarang  tempahan  ke  PSS  hendaklah  dibuat  2  hari  lebih  awal  untuk
                              mengelakkan pertindihan dan dicatatkan ke dalam borang permohonan.
                       3.12.2  Penggunaan PSS adalah untuk mendapatkan lebih maklumat, bukannya
                              sekadar PdP yang boleh dilaksanakan di dalam kelas.
                       3.12.3  Sekiranya  ketiadaan  guru  ganti,  digalakkan  murid  dibawa  ke  PSS  /
                              perpustakaan  untuk  mencari  maklumat  dan  bahan  pembelajaran  atau
                              menonton  video  dengan  pengawasan  Guru  Media  /  Guru  Penyelaras
                              PSS / pembantu PSS.
                       3.12.4  Program  NILAM  akan  diselia  oleh  guru-guru  bahasa  dan  akan
                              melakukan  penyemakan  secara  berkala.  Jadual  penyemakan  akan
                              diberikan oleh Guru Penyelaras PSS.
                       3.12.5  Buku-buku  rujukan  percuma  (naskah  guru)  hendaklah  dijadikan  aset
                              panitia.

                  3.13 DASAR MBMMBI

                       3.13.1  Memastikan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
                       3.13.2  Memastikan murid  boleh menguasai B.  Melayu  dan  B.Inggeris  dengan
                              betul.
                       3.13.3  Dilaksanakan secara berperingkat ‘solf Landing’.
                       3.13.4  Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12, Tahun 2011.

                  3.14 DASAR MMI (MENGHARGAI MASA INSTRUKSIONAL)

                       3.14.1  Merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional
                       3.14.2  Menekankan konsep Guru Mengajar, Murid Belajar
                       3.14.3  Hendaklah dibaca bersama dengan perkara 3.5

                  3.15 PERKEMBANGAN STAF (KURSUS GURU)

                       3.15.1  Semua guru yang menghadiri kursus / mesyuarat / seminar, hendaklah
                              menyediakan  minit  curai  untuk  makluman  Pengetua  untuk  tindakan
                              seterusnya.
                       3.15.2  Sesalinan  minit  curai  hendaklah  diserahkan  kepada  pejabat  untuk
                              dimasukkan ke dalam fail.
                       3.15.3  Sekiranya  perlu,  ‘in  house’  hendaklah  dilaksanakan  oleh  guru  yang
                              menghadiri kursus untuk disampaikan kepada rakan guru yang lain.
                       3.15.4  Semua  guru  perlu  menghadiri  5  hari  LDP  sebagaimana  yang  telah
                              ditetapkan oleh dasar kementerian.


        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                              59
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65