Page 59 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 59
3.8 PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdP DAN PEPERIKSAAN
3.8.1 Dasar penjimatan diamalkan untuk penggunaan kertas. Font 11
digunakan bagi Arial / Times New Roman.
3.8.2 Percetakan 80 helai ke bawah, hendaklah menggunakan mesin fotostat.
3.8.3 Semua percetakan adalah atas kebenaran Pengetua / Penolong Kanan
dengan mengisi borang untuk ditandatangan dan diserahkan kepada
Pembantu Am Pejabat untuk tindakan selanjutnya.
3.8.4 Font yang digunakan untuk latihan, boleh diperkecilkan mengikut
kesesuaian, terutama soalan atau latihan yang diperoleh dari sumber
luar.
3.9 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
3.9.1 Penyedia kertas soalan dikehendaki menyediakan JSU mengikut nisbah
5 : 3 : 2
3.9.2 Semua kertas soalan yang dihantar perlu ada bersama-sama skema
jawapan untuk disemak oleh GKMP dan disahkan oleh Penolong Kanan.
3.9.3 Soalan KBAT dimasukkan ke dalam soalan bagi setiap subjek.
3.10 POST MORTEM
3.10.1 Post Mortem hendaklah disediakan secara bertulis oleh Ketua Panitia
setiap kali keputusan peperiksaan dalaman / Awam selepas selesai
di’upload’ oleh Setiausaha Peperiksaan ke dalam SAPS.
3.10.2 Segala kelemahan dan kekuatan hendaklah dikenal pasti secara
menyeluruh untuk setiap individu.
3.10.3 Setiap guru dikehendaki memiliki fail murid cemerlang dan kritikal untuk
tindakan seterusnya. Sekiranya ia berkait dengan isu peribadi atau
keyakinan diri, akan disalurkan kepada unit bimbingan dan kaunseling.
3.10.4 Mesyuarat post mortem akan diadakan tiga kali setahun untuk
Peperiksaan Dalaman dan Peperiksaan Awam.
3.11 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
3.11.1 Panitia dikehendaki merangka perancangan program kecemerlangan.
3.11.2 Selepas keputusan ujian bulanan dan peperiksaan dalaman, guru mata
pelajaran diberi keutamaan untuk mengadakan kelas tambahan dan
kelas klinik.
3.11.3 Latihan diberikan sebagai pengukuhan, begitu juga latihan ketika cuti
dengan tidak mengabaikan latihan yang terkandung dalam buku teks.
3.11.4 Kertas kerja / cadangan hendaklah dikemukakan sekiranya terdapat
program yang dapat meningkatkan kecemerlangan murid.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
58

