Page 61 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 61
3.16 KAJIAN TINDAKAN
3.16.1 Semua Bidang Akademik perlu menghasilkan Kajian Tindakan yang
lengkap tentang kajian impak keberkesanan sesuatu aktiviti khususnya
program akademik menjelang bulan September.
3.16.2 Bagi Kajian yang berkualiti akan dihantar ke jabatan sebagai penyertaan
sekolah.
3.17 SISTEM FAIL
3.17.1 Fail Jawatankuasa diurus dan disimpan oleh Setiausaha dan sesalinan
dimasukkan ke dalam fail induk di pejabat.
3.17.2 Semua fail panitia diletakkan di bilik gerakan guru dan sentiasa
dikemaskinikan dengan maklumat terkini, termasuk juga jadual
pencerapan guru, penyemakan nota dan latihan murid.
3.17.3 Jumlah fail akan diselaraskan bagi semua panitia.
3.17.4 Penggunaan fail bagi murid ditentukan oleh panitia masing-masing
tanpa membenankan murid.
4 PENETAPAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir
melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum. Dasar ini telah
diwartakan dalam mesyuarat pengurusan awal tahun 2020
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
60

