Page 144 - Panglima 2019
P. 144

IKATAN	KASIH
            Oleh:	Ainatasha kelas 3	Alpha

            “Apa nak jadi dengan awak ni Danish?”	suara puan Azilah memenuhi kesunyian malam.

            “	Tak nak sekolah.	Setan apa yang	dah	masuk ni?”	kesabaran puan Azilah semakin tercabar melihat anak lelakinya itu yang	diam
            membatu.

            Sudah hampir sebulan sikap anak bongsunya itu menguji kesabarannya.	Semuanya bermula sejak dipindahkan ke sekolah baharu .
            Sudah puas dibawa berubat dengan ustaz namun sikap anaknya tidak juga	berubah.

            Sewaktu seminggu sekolah bermula ,	Danish	mula menunjukkan sikap tidak mahu masuk ke dalam kelas .	Dua minggu kemudian dia
            mulai tidak mahu masuk ke dalam kawasan sekolah.	Dia lebih rela berdiri tercegat di	hadapan pagar sekolah.	Puas cikgu-cikgu
            memujuknya.	Dia tetap membatukan diri.

            “	Danish	!	Awak dah	darjah dua,	malu buat macam tu”.	Pujuk puan Azilah yang	terpaksa ke sekolah semula setelah dimaklumkan
            akan kelakuan anaknya itu oleh pihak sekolah.

            “Ya Allah	ujian apa kau berikan kepadaku?	Tunjukkanlah aku jalan keluar dari ujian ini.	“	Puan Azilah berdoa di	dalam hati.

            “	Cuba	akak bawa dia ke sekolah lama”	Zainab,	rakan setugas puan Azilah memberi cadangan.
            “Penat aku Nab	kalau anak aku nak pindah semula ke sekolah lamanya,	jauh nak menghantarnya.	Selepas Subuh aku dah	kena
            bertolak dah”.	Puan Azilah mengeluh.
            “	Tak pelah Azilah,	demi	anak-anak,	kita terpaksalah berkorban.	Kita	tak tahu kehendak budak-budak ni.	Kita	cuba je	dulu.	Engkau
            bawalah dia melawat kawan-kawan lama	dia.”.	Zainab	menambah lagi.
            ***********************************************************************

            “	Danishhhh..Danish	datang.” Kedengaran jeritan suara kawan-kawan Danish	memanggil nama Danish.

            Buat kali	pertamanya selepas sebulan,	puan Azilah nampak semula senyuman terukir di	bibir Danish.	Danish	diserbu oleh rakan-
            rakannya.	Masing-masing menariknya ke dalam kelas.

            “	Puan Azilah”	terdengar satu suara menyapa .
            “	Ohh..cikgu Siti”	Puan Azilah merapati cikgu Siti yang	sedari tadi tersenyum melihat gelagat anak-anak muridnya yang	seolah-olah
            melepaskan rindu yang	telah bersarang sekian lama.
            Puan Azilah berbual dengan cikgu Siti hampir setengah jam	mengadu masalah yang	melanda anak bongsunya itu.

            “	Mungkin dia rindukan kami”	Cikgu Siti membuat andaian.

            “	Di	sini pelajarnya tak ramai,	maklumlah sekolah kurang murid.	Itu yang	ikatan mereka akrab antara satu sama lain”.	Cikgu siti
            menambah lagi.

            “	Danish…mari sini..”	Cikgu Siti memanggil Danish	yang	sejak tadi tak sudah-sudah ketawa mendengar cerita dari kawannya Mutthu.
            “	Meh	duduk	pangku cikgu.”	Cikgu siti memegang bahu Danish	sambil memangkunya.

            “	Danish	rindukan cikgu ya?”	Cikgu Siti bertanya .	Danish	mengangguk dan menundukkan wajahnya seolah-olah takut memandang
            wajah ibunya.
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149