Page 147 - Panglima 2019
P. 147

TAJUK:KERANAMU	CIKGU	BALKIS
       KARYA:	Mohd Aqil
       3	Alpha

       DUUSSSSSHH…!!!!!!	Satu tumbukan hinggap di	muka Amran pagi itu.Baginya tumbukan sebegitu kira untung kerana bapanya pernah
       mencucuh kayu api pada tubuh kurusnya itu.
       “Hei Amran!!!!kenapa kau lambat bangun ha????	Mana	aku punya sarapan??!!”suara bapanya kedengaran seperti halilintar
       membelah bumi.Amran tidak berani memanggung kepala untuk menentang wajah bengis ayahnya.

       “Mm…maaf ayah.Saya tidur lewat semalam kerana membasuh baju.”kata	Amran sambil tangannya ligat membancuh kopi	bapanya.

       Setelah menyediakan ayahnya air	kopi	dan beberapa keping roti,Amran bergegas mengambil basikal buruknnya di	bawah rumah.
       “Ya Allah,mesti kelas sudah bermula.Habislah…	aku pasti dimarahi Cikgu Balkis nanti.”bisik Amran di	dalam hatinya.

       Ternyata tepat sangkaan Amran.Dia melangkah ke dalam kelasnya dengan
       debaran.Ternyata kelibat Cikkgu Balkis sangat menggetarkan lututnya.	Bagaimanapun,dia cuba untuk mengusir resah itu.

       “Amran..!!	Awak lambat lagi hari ini.”nada	suara guru	Matematik itu kedengaran tegas.Amran hanya diam membungkam.
       Kedengaran suara-suara nakal rakan-rakan sekelasnya berbisik-bisik dan mentertawakannya.Tetapi dia sudah lali dengan semua itu.

       “Amran,saya sedang bercakap dengan awak ni.Pandang muka saya apabila saya sedang bercakap dengan awak.”Arahan cikgu Balkis
       menbuatkannya tidak keruan kerana ingin menyembunyikan lebam yang	dia anggarkan berdiameter 5	sentimeter di	tulang pipinya.
       “Amran,awak dengar tak arahan saya”mahu tak mahu Amran akhirnya mengalah.
       “Astaghfirullahhalazim…!!	kenapa dengan muka kamu ini ??”ada rasa	kaget di	wajah cikgu Balkis.

       Pertanyaan cikgu Balkis tidak dapat dijawab oleh Amran kerana matanya terasa berpinar-pinar dan lututnya terasa lemah.Akhirnya
       seluruh dunia menjadi kelam.

       …………	………………

       Mata	Amran terasa amat berat dan terasa dunia sekelililngnya berputar.”Amran..awak sudah sedar..??’Tiba-tiba suara lembut cikgu
       Balkis menerpa pendengarannya.Hatinya sayu kerana suara lembut itu membuatkannya teringat akan arwah ibunya.
       Amran hanya dapat mengangguk lemah.”Awak berada di	hospital	sekarang.Awak mahu makan?Cikgu ada beli bubur tadi.Mari
       makan ,	cikgu suap.”mulanya Amran berasa segan dan ingin makan sendiri mamun keadaannya yang	lemah memenyebabkannya
       akur.Tiba-tiba wajah redup arwah ibunya berlegar-legar di	balik wajah cikgu Balkis.

       Dia ingin sangat tempat Cikgu Balkis itu adalah tempat ibunya.Air matanya mula luruh.	Namun Amran cuba untuk menahan air
       matanya daripada mencurah dari tubir matanya.Dia ingin mengusir angan –angan indah itu jauh-jauh agar	tiada kesedihan lagi.
       “Kenapa Amran?”cikgu Balkis perasan akan tasik air	mata di	matanya.Amran cuba untuk berlagak selamba.Tiba-tiba hatinya diamuk
       resah.”cikgu,sekarang sudah pukul berapa?Saya mahu pulang.”
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152