Page 145 - Panglima 2019
P. 145

“Danishhh…”	kedengaran suara serak-serak basah .	Danish	bangun dan meluru ke arah suara itu.


       “ Teacher rindu Danish.”	Kelihatan cikgu Noraini guru	Bahasa	Inggeris Danish	memeluk anak muridnya yang
       telah lama	hilang dari pandangan matanya.

       Puan Azilah menyapu manik-manik jernih yang	semakin laju membasahi pipinya.	Dia semakin mengerti
       mengapa anak lelakinya ini berubah menjadi pendiam dan tidak mahu ke sekolah.

       Ada	pertalian naluri antara mereka di	sekolah ini.

       Betapa kasih sayang seorang guru	itu mampu menguasai anak didiknya.

       “	Danish	,	sekolahlah di sini semula”.	Kedengaran suara Ah	Keong dan Mutthu.

       “	Awak tak ada,	sunyilah.	Tak ada siapa yang	nak picitkan aku kalau aku penat”.	Tambah Mutthu sambil
       memeluk Danish.

       Danish	memandang wajah puan Azilah,	seolah-olah inginkan pengertian daripada ibunya.	Namun mulutnya
       masih terkunci.	Wajahnya bertukar suram.

       Puan Azilah mengangguk.	Senyuman kegembiraan terukir semula.	Mutthu dan Ah	Keong dipeluk silih berganti.

       Mutthu berlari menuju ke kelas 2	Jaya.	Tidak sabar ingin menyampaikan berita gembira kepada kawan-
       kawannya.

       “	Kawan-kawan…	Danish	nak sekolah sini semula “.	Jerit Mutthu.	Danish	diserbu lagi oleh murid-murid	2	Jaya.

       “	Nanti kita lawan ya siapa yang	boleh skor matematik paling	tinggi”.	Suara Danish	mula kedengaran.

       Dari	jauh dia memerhatikan Cikgu siti dan cikgu Noraini yang	mengiringi Puan Azilah melangkah ke pejabat
       guru	besar.	Ikatan naluri dia dan guru-gurunya memang unik.

       Terima kasih Cikgu!

       Selamat Hari	Guru!

       Saya Sayang Cikgu

                                                          Ikhlas daripada:	Ainatasha




                Titipan kad ucapan berserta jambangan bunga Ros buat cikgu-cikgu kesayangannya sudah menjadi
       rutin dalam hidup Danish	saban tahun dikala hadirnya tarikh keramat 16	Mei.

       “Tanpa mereka zaman	persekolahan aku tak akan bererti.	Ikatan naluri ini sukar untuk dipisahkan.”

       Danish	mencium jambangan Ros yang	ada di	tangannya.
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150