Page 146 - Panglima 2019
P. 146

DIA	SEORANG	GURU

                Hasil Nukilan:	Norafidah Saini
                Tingkatan :	5	Teknologi

                Kelmarin,
                Aku melihat dia melangkah dengan seribu janji,
                Janji yang	telah lama	tersulam di	hati,
                Mengayam segar ratapan hati,
                Demi	anak pertiwi.


                Semalam,
                Aku menatap cerminan dirinya,
                Bagaikan lilin yang	membakar dirinya,
                Di	lubuk hatinya tersimpan mutiara,
                Demi	menempuh derita.


                Sesekali,
                Aku merenungi jiwanya diserang kesayuan,
                Bagai terhiris sembilu tajam,
                Namun bibirya masih menguntumkan secebis senyuman,
                Hidupnya berkuah derita,	berulam nestapa.

                Hari	ini,
                Aku terpaku menyaksikan lahirnya berjuta permata,
                Tiada kata	seindah makna yang	mampu ku ungkapkan,
                Hanya kerana dia menitiskan air	seribu janjinya,
                Ku	insafi manisnya kesabaran,
                Kerana dia seorang guru.

                ————————————————————————
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151