Page 148 - Panglima 2019
P. 148

Amran digigit perasaan takut .Dia cuba untuk bangun dari perbaringannya walaupun badannya terasa berat.

       “Kenapa ni Amran?Doktor kata	awak hanya dibenarkan balik pada petang ini jika awak sudah pulih.”cikgu Balkis cuba untuk
       menenangkan muridnya itu.”Tapi cikgu sekarang sudah habbis waktu persekolahan.Jadi saya perlu pulang ke rumah segera
       untuk memasak.”kata	Amran berterus terang.

       “Memasak?!Ibu kamu mana??”ada riak kehairanan di	wajah cikgu Balkis.
       “Sungguh cikgu Balkis tidak menegerti akan kedudukan ku .”rintih Amran di	dasar hatinya.

       “Amran awak mahu berkongsi masalah dengan cikgu ke?”Cikgu Balkis cuba memancing perbualan dengan anak kecil yang
       wajahnya terlindung seribu satu misteri itu.“Amran ,	siapa yang	buat muka awak sampai lebam begini?Awak ceritakan lah pada
       cikgu .Mungkin cikgu boleh membantu.”kata-kata	Cikgu Balkis menyebabkan Amran diam seribu bahasa.”Patutkah aku
       beritahu cikgu ,tapi ayah….”monolognya terhenti disitu kerana perkataan ‘ayah’.’Ayah.	Satu gelaran yang	membuatkan
       jantungnya berhenti berdegup.

       “Amran,awak ada masalah keluarga ke ?Ceritalah Amran.Luahkan segala yang	terbuku di	hati awak pada cikgu.”Amran tidak
       mahu sekeping hatinya itu mencair dan terluah segala-galanya,	namun dia sudah tidak mampu untuk memikul beban itu lagi.

       “Cikgu,sebenarnya ibu saya sudah meninggal dunia 6	bulan lalu.Sekarang saya tinggal bersama ayah	saya.Tapi ayah	selalu
       memukul saya kerana masih marah kepada saya.”benang kepiluan mula membeliti kalbunya.”Apa??	jadi lebam itu ayah	awak
       yang	buat?apa sebab ayah	masih marah pada awak,Amran?”minda cikgu Balkis di	serang pelbagai persoalan kini.’Teganya hati
       seorang bapa sanggup mendera anak kandungnya sendiri’desis hati kecil cikgu Balkis.
       “Ayah	marah pada saya kerana dia beranggapan sayalah yang	menyebabkan kematian ibu.”benteng pertahanan emosi Amran
       semakin rapuh lalu pecahlah empangan air	matanya yang	selama ini setia menakung air	matanya itu.

       “Amran boleh cikgu bertanya?Ibu amran meninggal kerana apa?”Hati cikgu Balkis tersemat azam untuk membantu anak kecil
       berusia 10	tahun itu.Bagi Amran amat payah untuknya mengulang kisah lalu namun dia yakin pada keikhlasan dan kejujuran
       guru	muda itu.”Semuanya bermula pada pagi itu ketika saya dan ibu membasuh baju di	tepi sungai.”

       6	bulan lalu….
       “Amran jangan mandi jauh-jauh .Sungai	tu dalam airnya.”nasihat ibu pada Amran tidak dipatuhinya.Ketika Amran seronok
       mandi-manda tiba-tiba badannya terasa ditarik ke dasar sungai.	“Ibu!!Ibu!!	Tolong !!”dalam keadaan tenggelam timbul Amran
       sempat memanggil ibunya.Dia melihat ibunya menjerit meminta tolong dan terjun kedasar sungai untuk menyelamatkannya.

       “Amran!Ibu datang nak.!”Ibu mencapai tangan Amran dan membawanya hampir ketebing dan di	sambut penduduk lain	yang
       sebelum ibu menjerit”Ya Allah,kaki aku kejang!!”	sebelum hilang dari pandangan mereka semua.Beberapa penduduk cuba
       untuk menyelamatkan ibunya tetapi Allah	lebih menyayangi ibunya.Ibunya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika di	naikkan
       ke atas tebing.	Dadanya berombak kencang.Ada darah turun dari hidungnya.”Amran ,ibu sudah tak kuat lagi.Ibu sayang
       Amran…”nada	suara ibunya kian kendur.Amran mula digigit rasa	pilu ,	lebih-lebih lagi pada detik yang	memisahkan mereka.

       “	Sejak hari itu hidup saya dilitupi oleh awan kelabu,cikgu.Ya Allah	kau ampunkanlah dosa ku pada ibu ku .”Doa itu hanyalah
       satu permintaan singkat namun besar pada hatinya yang	disaluti kesal.Dia berharap suria akan bersinar kembali di	dalam
       hidupnya.	Ada	simpati yang	bertunas di	hati cikgu Balkis.’Mungkin dia masih diselimuti kesal ekoran peristiwa itu.’Cikgu Balkis
       membiarkan Amran melampiaskan sedunya dahulu sebelum berkata:”Amran,mari ikut cikgu.”
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153