Page 111 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 111

Formasi Permainan Beregu           Formasi Pukulan Servis oleh Pihak Lawan



 Strategi permainan beregu berbeza dengan permainan perseorangan. Strategi ini lebih
 kepada menyerang dan banyak bermain di jaring. Dalam permainan beregu, kerjasama dan   Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
 persefahaman antara pemain merupakan perkara penting.   Formasi 1
    Terdapat beberapa formasi di dalam gelanggang dalam permainan beregu. Formasi ini
 akan berubah mengikut jenis pukulan dan kedudukan regu pihak lawan.  1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan berdua.
             2  Kumpulan A memulakan permainan dengan melakukan servis.
             3  Permainan akan berlangsung di gelanggang badminton. Bola soft tenis atau bola getah
                serap lantunan digunakan bagi mengurangkan kelajuan. Raket tenis sebenar digunakan.
             4  Servis dilakukan oleh murid A ke dalam petak servis dalam gelanggang penerima servis.
                Murid A akan bergerak ke arah jaring. Murid A1 masih berada di petak yang sama dan
                bergerak lurus ke belakang bersedia untuk membuat pukulan balas.
 B  B1       5  Murid B akan mengembalikan servis dengan pukulan lob ke belakang murid A1. Murid
                B1 bergerak ke tengah gelanggang menanti pukulan yang akan dibuat oleh murid A1.
                Jika pukulan murid A1 ke arah jaring, murid B1 akan membuat pukulan smesy sekiranya
                bola tanggung atau pukulan voli (jika bola separuh tanggung) ke arah sasaran 1-2-3-4-5
                gelanggang lawan.
             6  Walau bagaimanapun, semua strategi dan formasi berdasarkan jangkaan pukulan pihak
                lawan dan jenis pukulan yang dihantar.
 A1          7  Pemain hadapan perlu mematikan hantaran lawan menggunakan smesy atau voli.
             8  Pemain yang berada di belakang pula perlu menghantar bola bagi menyerang kumpulan
                lawan dan memudahkan pemain hadapan mematikan bola yang tidak sempurna.                   Pendidikan Jasmani
             9  Kumpulan yang berjaya mengumpul 45 mata terawal dikira sebagai pemenang.
             10  Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasikan
 A              peraturan dan undang-undang permainan tenis.
 Pendidikan Jasmani
                                                  Sumber: Mohamed@Mohd Sadek Mustaffa dan Borhan Yusof (2019)


                                   Saya
                                 membuat
                                 servis ke
                                  arah A.
 Arah pergerakan bola                               B          B1
 Permainan beregu                                                               Saya perlu
                                                                             bergerak ke tengah
                                                                                gelanggang
 Petunjuk                                                                     bagi menangkis
 A   :  Pembuat servis  B   :  Penerima servis                                   pukulan.
 A1   :  Pasangan    B1   :  Pasangan
      pembuat servis       penerima servis
 Tahukah                                         A1
 ANDA  IMBAS DI SINI                                        Arah pergerakan bola

 Empat kejohanan terkemuka ialah:                                                       A
 •  Kejohanan Terbuka Australia yang dimainkan di gelanggang simen  Arah pergerakan pemain
 •  Kejohanan Terbuka Perancis yang dimainkan di gelanggang tanah liat
 •  Kejohanan Terbuka Wimbledon yang dimainkan di gelanggang rumput
 •  Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat yang dimainkan di gelanggang simen  Permainan beregu  Kenapakah bola tenis bergerak lebih laju
 Tarikh capaian:
  25 Julai 2019                            sekiranya dimainkan di atas gelanggang simen?

 100                                                                                          101
 SP:   1.7.3, 2.7.3, 5.1.2, 5.2.1, 5.4.1
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116