Page 135 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 135
5 REKREASI DAN
UNIT KESENGGANGAN
STANDARD Perlumbaan eksplorasi Perlumbaan berhalangan
KANDUNGAN
Melakukan aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.
Mengaplikasikan strategi dan idea kreatif dalam
aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
dan keselamatan.
Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri
semasa melakukan aktiviti.
Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
melakukan aktiviti.
Membentuk kumpulan dan bekerjasama
dalam kumpulan.
Memahami dan mengaplikasikan etika dalam
sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Pengenalan
ekreasi dan kesenggangan apabila digabungkan membawa maksud aktiviti terancang
yang dilakukan pada waktu terluang untuk memperoleh keseronokan, ketenangan
Rminda, merehatkan badan serta memberikan kepuasan kepada individu. Kemahiran
rekreasi dan kesenggangan yang akan dipelajari dalam unit ini melibatkan perlumbaan
eksplorasi (explore race), perlumbaan berhalangan (obstacle race) serta permainan
tradisional iaitu Aci Bulat dan Tiang Empat. Penglibatan murid dalam aktiviti seperti ini
dapat meningkatkan kecergasan fizikal, membina pemikiran positif dan memupuk nilai-
nilai murni seperti bekerjasama, persefahaman selain mengeratkan hubungan antara satu
sama lain.
Bermain Aci Bulat Bermain Tiang Empat
124 125

