Page 56 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 56

Strategi Menyerang                                                                                                   Strategi Menyerang Secara Berkumpulan



              Permainan bola baling merupakan permainan kategori serangan yang mempunyai kemahiran dan                     Strategi serangan secara berkumpulan akan meningkatkan penguasaan ke atas bola dan kejayaan
              formasi dalam strategi permainannya. Kemahiran asas dalam strategi serangan ialah seseorang                  melakukan jaringan adalah tinggi. Terdapat beberapa strategi serangan secara berkumpulan.
              pemain memerlukan kemahiran kawalan dan penguasaan bola (ball possession) bagi menggerakkan
              serangan. Pasukan yang menguasai bola akan menentukan corak permainan dan serangan.
                                                                                                                              a  Serangan hantaran berpasangan
                 Secara umumnya, objektif strategi serangan adalah untuk mendapatkan seberapa banyak                           •  Pergerakan serangan ini dilakukan dari bawah secara berpasangan.
              jaringan. Ketika ingin melakukan serangan, setiap pemain perlu bekerjasama dan memainkan                         •  Hantaran pendek dan tepat kepada pasangan akan mempercepatkan serangan.
              peranan dalam pergerakan taktikal yang dirancang. Seorang penyerang perlu bijak mengambil                        •  Hantaran yang pantas akan mengelirukan pihak lawan dan memudahkan jaringan dilakukan.
              peluang dan bertindak balas seterusnya berusaha untuk menjaringkan gol. Serangan yang
              digerakkan memerlukan kombinasi pemain yang bergerak pantas, hantaran yang tepat ke sasaran
              dan posisi yang betul. Terdapat beberapa strategi serangan antaranya serangan secara individu,                  b  Serangan hantaran selari
              berkumpulan dan sistem serangan.                                                                                 •  Serangan melalui hantaran selari membolehkan bola dihantar dalam keadaan selari dengan
                                                                                                                                 pemain penyerang.
                       Strategi Menyerang Secara Individu                                                                      •  Dalam kedudukan selari, dua orang pemain saling bertukar hantaran ketika melakukan
                                                                                                                                 serangan. Serangan ini juga sesuai dalam situasi tiga lawan dua atau lima lawan empat.
              Strategi serangan individu menjadi asas penting dalam melakukan serangan. Kekuatan
              strategi serangan individu akan membawa kejayaan kepada pasukan. Terdapat beberapa strategi
              dalam serangan individu antaranya:                                                                              c  Strategi hantaran silang
                                                                                                                               •  Strategi ini akan mengelirukan pertahanan lawan dan memberi ruang yang baik untuk
                                                                                                                                 melakukan percubaan ke arah gol.
                a  Serangan posisi                            b  Serangan melalui gerakan                                      •  Penyerang akan bergerak secara bersilang sama ada dengan bola atau tanpa bola.

                 •  Seorang penyerang perlu bijak              •  Seorang penyerang perlu bergerak                             •  Hantaran dilakukan secara dekat, pendek dan laju.                                     Pendidikan Jasmani
                    menempatkan diri di tempat yang tidak        dengan pantas dan tangkas dalam                               •  Pemain penyerang akan mempunyai peluang apabila gerakan silangnya sukar dibaca dan
                    dikawal oleh pihak lawan dan mudah           melakukan gerakan serangan mengikut                             percubaan ke arah gol boleh menghasilkan jaringan.
                    untuk menerima hantaran, seterusnya          taktikal pasukan.
       Pendidikan Jasmani
                    menyusun gerakan taktikal serangan.        •  Pergerakan ini mudah bagi mengelirukan
                 •  Pemain perlu berupaya memecahkan             pertahanan dan mampu memecahkan                                    Formasi Serangan
                    benteng pertahanan daripada gerakan          benteng untuk melakukan percubaan
                    yang akan dilakukan.                         ke arah gol pihak lawan.                                  Ketika melakukan serangan, sesebuah pasukan memerlukan formasi serangan. Terdapat beberapa
                                                                                                                           formasi serangan yang sering digunakan ketika menyerang iaitu 3:3 dan 2:4.
                c  Serangan ke dalam zon serangan             d  Serangan di kawasan enam meter
                 •  Pemain yang telah menggerakkan             •  Pemain penyerang utama yang merancang                       Tahukah
                    serangan serta sedia untuk melakukan         strategi menjaring di garisan enam meter                                                                    Info
                    percubaan perlu memberi tekanan kepada       perlu menempatkan diri di ruang kosong                      ANDA
                    pertahanan lawan dalam zon serangan.         pertahanan lawan supaya serangan                                                                             TAMBAHAN
                 •  Pemain penyerang lain juga perlu             dapat dilakukan.                                            Terdapat beberapa peringkat permainan menyerang:  1. Seseorang pemain hanya dibenarkan untuk
                                                                                                                             1. Serangan kilat (fast break)
                                                                                                                                                                           memegang bola selama tiga saat.
                    melakukan tekanan kepada pemain            •  Apabila pemain penyerang menerima                          2. Sistem menyerang (attack)                 2. Seseorang pemain dibenarkan untuk melakukan
                    lawan lain supaya pertahanan menjadi         bola di garisan enam meter, penyerang                       3. Teknik permainan (set piece)               tiga langkah apabila memegang bola.
                    kucar-kacir dan memberi ruang                boleh melakukan pusingan atas kaki                               Sumber: Borhan Yusof & Mohamed@Mohd Sadek   3.  Bola yang dilantun tiada had masa dan langkah.
                    untuk pemain penyerang melakukan             bukan dominan untuk melakukan                                                           Mustaffa (2018)
                    percubaan jaringan.                          percubaan atau melakukan gerakan
                                                                 tiga langkah melepasi pertahanan
                                                                 yang mengadangnya bagi melakukan
                                                                 percubaan ke gol pasukan lawan.                                      Semasa pihak lawan melakukan serangan, bola berjaya dipintas. Serangan balas dilakukan dengan
                                                                                                                                      laju dan pantas. Bincangkan strategi serangan pantas dan kemahiran yang akan digunakan. Berikan
                                                                                                                                      justifikasi anda.


                46                                                                                                                                                                                            47
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61