Page 55 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 55

BOLA BALING






 STANDARD
 KANDUNGAN     Melakukan kemahiran bola baling


 menggunakanpelbagaistrategidalam
 situasi permainan.
    Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan strategi

 dalam permainan bola baling.
    Mematuhi  dan  mengamalkan  elemen  pengurusan

 dan keselamatan.
    Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa

 melakukan aktiviti.
    Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.
    Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
    Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa

 melakukan aktiviti fizikal.



 Pengenalan


 ola baling merupakan permainan kategori serangan
 yang memerlukan kepantasan, ketangkasan,
 Bfleksibiliti dan tindak balas segera ketika melakukan
 serangan dan bertahan. Permainan ini melibatkan
 pelbagai kemahiran asas seperti menghantar,
 menerima, mengelecek, mengadang dan menjaring.
 Melalui kemahiran ini, murid boleh merancang strategi
 menyerang, bertahan dan menentukan formasi yang
 boleh digunakan dalam situasi permainan. Pada
 akhirnya, murid dapat mengaplikasikan kreativiti dan
 inovasi dalam menyerang dan bertahan menggunakan
 strategi yang tepat dalam situasi permainan.









 Menghantar dan menerima  Mengelecek               Mengadang                          Menjaring


 44                                                                                            45
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60