Page 58 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 58

Strategi Menyerang dalam Situasi Permainan                                                                    4  Pemain akan bergerak pantas, mengelecek dan melakukan umpanan

                                                                                                                               kepada sayap kanan (RW), sayap kiri (LW) atau pemain tengah (CR).
              Kemahiran asas bola baling yang digunakan untuk menyerang ialah kemahiran menghantar,                         5  Percubaan ke arah gol dapat dilakukan apabila pemain mempunyai
              menerima, mengelecek dan menjaring. Kemahiran ini digunakan ketika pasukan menggerakkan                          ruang dan peluang.
              strategi serangan melalui beberapa formasi yang telah ditetapkan. Tujuan dan matlamat serangan                6  Jika pemain penyerang dikawal rapi, maka bola perlu dimainkan
              adalah untuk memperoleh seberapa banyak jaringan untuk mencapai kemenangan. Dalam                                terlebih dahulu di luar kawasan sembilan meter.
              merancang strategi serangan, elemen kelajuan perlu diterapkan untuk mencapai prestasi yang                    7  Hantaran lantun, aras dada dan sisi digunakan bagi menggerakkan bola.
              maksimum. Pemain perlu bijak mencari ruang dan peluang untuk menjaringkan gol. Selain itu,                    8  Percubaan juga boleh dilakukan oleh pemain pertahanan dengan
              pemain perlu memahami kekuatan dan kelemahan pihak lawan dalam mengkoordinasi sesuatu                            menggunakan enam langkah (six steps) dari kawasan sembilan meter.
              strategi serangan. Terdapat beberapa formasi serangan yang akan dipelajari iaitu 3:3 dan 2:4.
                                                                                                                                                                                       Menjaring
                           Formasi 3:3                                                                                                                       Pergerakan pemain


                1  Formasi 3:3 merupakan formasi yang seimbang antara bahagian serangan dengan bertahan.                           Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
                2  Tiga orang pemain bertindak sebagai penyerang manakala tiga orang pemain lagi                                   Formasi 3:3
                   membantu untuk menggerakkan serangan.
                3  Tiga orang pemain serangan terdiri daripada sayap kanan (RW), sayap kiri (LW) dan pemain                 1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.
                   tengah (CR).                                                                                             2  Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi serangan yang telah dipelajari.
                4  Pemain pertahanan yang terdiri daripada pertahanan kiri (LB), pertahanan kanan (RB)                      3  Kumpulan A memulakan permainan dengan melakukan serangan manakala Kumpulan B
                   dan pertahanan tengah (CB) akan membantu setiap gerakan serangan dengan hantaran                            pula bersedia untuk bertahan.
                   jauh antara pemain.                                                                                      4  Kedua-dua kumpulan menggunakan semua kemahiran asas ketika menyerang dan
                5  Formasi ini membuka lebih banyak ruang dalam kawasan sembilan meter dan memudahkan                          membuat keputusan untuk menjaring jika berpeluang.
                   pergerakan untuk menyerang.                                                                              5  Setiap kumpulan bebas melakukan strategi serangan yang difikirkan sesuai. Gunakan
                6  Pemain penyerang boleh bertukar tempat untuk mengelirukan lawan.                                            kreativiti kumpulan anda dalam mencapai kemenangan.                                      Pendidikan Jasmani
                7  Serangan juga boleh dilakukan oleh pemain pertahanan dengan melakukan larian enam                        6  Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasikan
                   langkah (six steps) untuk mendapatkan jaringan.                                                             peraturan dan undang-undang permainan
       Pendidikan Jasmani
                                                      Sumber: Borhan Yusof dan Mohamed@Mohd Sadek Mustaffa (2018)              bola baling.
                                                                                                                            7  Kumpulan yang mendapat
                                                                                                                               jaringan tertinggi dalam masa
                                        Garisan
                                         enam                                                                                  yang ditetapkan dikira
                                         meter                Formasi Serangan  Pasukan  Pasukan
                                                                             Penyerang  Bertahan                               sebagai pemenang.
                                                              GK  Penjaga gol
                                                              LW  Sayap kiri  LB  Pertahanan kiri
                                                              RW  Sayap kanan  RB  Pertahanan kanan
                                        Garisan
                                        sembilan              CR  Pemain tengah/  CB  Pertahanan tengah/                                  Arah pergerakan bola
                                         meter                   penyerang utama  pemain lingkungan
                                                                                                                                          Arah pergerakan pemain
                                                                                                                                                                                  Contoh permainan kecil menggunakan
                                   Formasi 3:3                                                                                                                                               formasi 3:3
                                                                                                                                   Kekuatan dan Kelemahan
                       Strategi Serangan Formasi 3:3                                                                               Formasi 3:3
                                                                                                                             Kekuatan
               1  Serangan digerakkan dari bahagian pertahanan. Bola dihantar menggunakan hantaran                           1.  Kekuatan bahagian serangan dan pertahanan sama.
                                                                                                                             2.  Jika berlaku serangan balas, pertahanan dapat mengawal serangan tersebut.
                  pendek dan diselang-seli dengan hantaran jauh antara pemain.                                               3.  Formasi ini sesuai digunakan jika pasukan lawan mempunyai bahagian serangan yang kuat.
               2  Pemain penyerang akan berada dalam kawasan sembilan meter bagi mengucar-ngacirkan                          Kelemahan
                  pertahanan lawan.                                                                                          1.  Sukar untuk menjaringkan gol kerana serangan hanya digerakkan oleh tiga orang pemain sahaja.
               3  Hantaran yang dilakukan akan menarik pemain pertahanan lawan keluar dari kawasan                           2.  Hantaran jauh akan menyebabkan bola yang dihantar mudah dihalang.
                                                                                                                             3.  Pihak lawan mudah membaca strategi serangan.
                  sembilan meter.

                48        SP:   1.4.1, 2.4.1, 5.1.2, 5.2.2, 5.4.1                                                                                                                                             49
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63