Page 54 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 54
BOLA BALING
STANDARD
KANDUNGAN Melakukan kemahiran bola baling
menggunakanpelbagaistrategidalam
situasi permainan.
Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan strategi
dalam permainan bola baling.
Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
dan keselamatan.
Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa
melakukan aktiviti.
Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti.
Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.
Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
Pengenalan
ola baling merupakan permainan kategori serangan
yang memerlukan kepantasan, ketangkasan,
Bfleksibiliti dan tindak balas segera ketika melakukan
serangan dan bertahan. Permainan ini melibatkan
pelbagai kemahiran asas seperti menghantar,
menerima, mengelecek, mengadang dan menjaring.
Melalui kemahiran ini, murid boleh merancang strategi
menyerang, bertahan dan menentukan formasi yang
boleh digunakan dalam situasi permainan. Pada
akhirnya, murid dapat mengaplikasikan kreativiti dan
inovasi dalam menyerang dan bertahan menggunakan
strategi yang tepat dalam situasi permainan.
Menghantar dan menerima Mengelecek Mengadang Menjaring
44 45

