Page 64 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 64

Strategi Bertahan dalam Situasi Permainan                                                                   4  Setiap pemain perlu berkomunikasi antara satu sama lain supaya


                                                                                                                               pemain lawan tidak berjaya melakukan percubaan ke arah gol.
              Strategi bertahan juga memerlukan formasi yang baik agar dapat menggagalkan serangan dan
              jaringan lawan. Kemahiran asas yang digunakan ketika bertahan adalah dengan mengadang,                        5  Walaupun sistem ini memberikan peluang kepada penyerang lawan
                                                                                                                               bebas melakukan hantaran kiri dan kanan, namun mereka tidak
              merampas bola dan menjaga gol. Kemahiran ini digunakan semasa pasukan menggerakkan formasi                       mudah untuk memasuki kawasan enam meter dan melakukan
              bertahan. Pemain perlu bijak mencari peluang yang sesuai untuk merampas bola, seterusnya                         percubaan ke arah gol.
              melakukan serangan balas. Terdapat beberapa formasi yang boleh digunakan ketika bertahan.
              Antaranya ialah 6:0 dan 5:1.                                                                                  6  Strategi bertahan mudah dilakukan dengan pertahanan dibahagikan
                                                                                                                               kepada dua kumpulan kiri dan kanan. Hal ini menjadikan kawalan
                                                                                                                               lebih rapat dan serangan lawan mudah dibaca.                  Kawasan
                           Formasi 6:0                                                                                                                                                       bertahan
                                                                                                                                                                                             pemain
                1  Formasi ini meletakkan semua pemain bertahan berada dalam kawasan enam meter di
                   garisan lengkung.                                                                                               Cara Bermain dan Menentukan Pemenang −
                2  Pemain akan melakukan pertahanan rapat di garisan enam meter untuk menyukarkan                                  Formasi 6:0
                   pemain lawan melakukan jaringan.
                3  Setiap pemain akan mengawasi seorang pemain lawan yang berada berhampiran dengannya.                     1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.
                4  Pergerakan pemain semasa bertahan mengikut pergerakan bola tanpa meninggalkan                            2  Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi bertahan yang telah dipelajari.
                   pengawasan terhadap pemain lawan yang berada berhampiran dengannya.                                      3  Kumpulan A akan memulakan permainan dengan melakukan serangan manakala Kumpulan
                5  Formasi ini mengaplikasikan man to man marking.                                                             B bersedia untuk bertahan.
                6  Formasi bertahan ini menyukarkan penyerang lawan melakukan percubaan menjaring                           4  Kedua-dua kumpulan menggunakan semua kemahiran asas ketika bertahan.
                   dari kawasan enam hingga sembilan meter.                                                                 5  Setiap kumpulan bebas melakukan strategi
                                                      Sumber: Borhan Yusof dan Mohamed@Mohd Sadek Mustaffa (2018)              bertahan yang difikirkan sesuai. Gunakan
                                                                                                                               kreativiti kumpulan anda dalam usaha
                                                                                                                               menggagalkan serangan pihak lawan.                                                       Pendidikan Jasmani
                                                                      Formasi Bertahan                                      6  Kedua-dua kumpulan akan bermain
                                                                        Pasukan    Pasukan
                                                                        Penyerang  Bertahan                                    dalam situasi permainan sebenar
       Pendidikan Jasmani
                                                                      GK  Penjaga gol                                          dengan mengaplikasikan peraturan
                                                                                                                               dan undang-undang permainan
                                                                      LD  Pertahanan kiri                                      bola baling.
                                                                      RD  Pertahanan kanan                                  7  Kumpulan yang berjaya
                                                                      LH  Pertahanan kiri tengah                               mengurangkan bolos  dalam
                                                                                                                               masa yang ditetapkan
                                                                      RH  Pertahanan kanan tengah                              dikira sebagai pemenang.
                                                                         Pertahanan tengah/pemain
                                                                      CB  lingkungan                                                                                  Arah pergerakan bola    Contoh permainan kecil
                                                                      FD  Pertahanan hadapan                                                                          Arah pergerakan pemain  menggunakan formasi 6:0
                                                                                                                                    Kekuatan dan Kelemahan
                                      Formasi 6:0                                                                                   Formasi 6:0

                      Strategi Bertahan Formasi 6:0                                                                          Kekuatan
                                                                                                                             1.  Bahagian pertahanan sangat kuat.
                                                                                                                             2.  Mudah menggagalkan setiap serangan lawan.
                1  Semua pemain pertahanan berada di garisan enam meter untuk melakukan pertahanan di                        3.  Menyukarkan pihak lawan melakukan serangan dalam kawasan enam meter.
                   garisan lengkung dan bersiap sedia dengan setiap percubaan menjaring oleh pihak lawan.                    Kelemahan
                                                                                                                             1.  Memberikan ruang yang besar kepada pihak lawan bergerak bebas dan mengatur serangan dalam kawasan
                2  Setiap pemain bertanggungjawab memerhati, mengawasi dan mengawal zon yang telah                             sembilan meter.
                   ditetapkan dengan rapi.                                                                                   2.  Bahagian serangan sangat lemah. Jika merancang serangan kilat, penyerang akan mudah diadang atau
                                                                                                                               serangan mudah dipatahkan.
                3  Setiap pemain akan keluar melakukan adangan, merebut dan menepis bola, seterusnya                         3.  Memberikan peluang kepada pemain penyerang yang tinggi melakukan backstrike, jaringan lompat dan
                   kembali ke posisi asal dengan pantas.                                                                       jaringan jauh.



                54        SP:   1.4.2, 2.4.1, 5.2.4, 5.2.2, 5.3.1                                                                                                                                             55
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69