Page 186 - SK tingkatan 5
P. 186
3.1.4 Penggunaan Struktur Kawalan dalam Bahasa
Penskripan Klien
Struktur kawalan akan mengawal aliran atur cara dalam satu blok kod atur cara. Pernyataan ini akan
menentukan sama ada pernyataan akan dilaksanakan atau tidak, termasuk mengulang pernyataan
dalam satu blok kod.
Contoh kawalan:
• Mesti memasukkan kad ATM (Auto teller Machine) dahulu sebelum memasukkan nombor pin
untuk pengesahan semasa menggunakan mesin ATM.
• Meneruskan transaksi ATM jika pelanggan bank memasukkan nombor pin yang sah.
• Mengulang masuk nombor pin sebanyak tiga kali jika pin nombor yang dimasukkan adalah tidak
sah.
6
Rajah 3.1.46 menunjukkan struktur kawalan dalam JavaScript.
Struktur Kawalan
Berjujukan Pilihan Ulangan
Rajah 3.1.46 Struktur kawalan dalam JavaScript
Struktur Kawalan Jujukan
Struktur kawalan jujukan bermaksud arahan atau pernyataan dilaksanakan mengikut tertib sepertimana
yang diarahkan dalam suatu kod atur cara tanpa perlu memeriksa sebarang syarat. Jadual 3.1.9 ialah
sintaks bagi struktur kawalan jujukan yang ditunjukkan oleh pseudokod dan carta alir:
Jadual 3.1.9 Contoh pseudokod dan carta alir (Struktur kawalan berjujukan)
Pseudokod Carta Alir
1 Mula
Mula
2 Input Nama Anda
3 Cetak “Hello” dan Nama Anda Input Nama Anda
4 Tamat
Cetak “Hello” dan Nama Anda
Tamat
Penerangan:
1 Arahan dilaksanakan satu persatu, iaitu baris demi baris.
2 Bermula dengan Input Nama.
3 Seterusnya mencetak “Hello” berserta Nama tersebut.
178 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

