Page 189 - SK tingkatan 5
P. 189
Jadual 3.1.13 menunjukkan operator hubungan yang boleh terdapat dalam ungkapan logik.
Ungkapan logik akan menghasilkan nilai Boolean, iaitu true atau false untuk menentukan sama ada
satu pernyataan atau satu blok kod akan dilaksanakan atau tidak. Dua pernyataan JavaScript yang
digunakan untuk struktur kawalan pilihan.
• if...
• if...else...
Jadual 3.1.13 Operator hubungan yang terdapat dalam ungkapan logik
Syarat Simbol Operator Hubungan
Sama dengan ==
Tidak sama dengan !=
Lebih besar daripada >
Lebih kecil daripada <
Lebih besar atau sama dengan >=
Lebih kecil atau sama dengan <=
Pernyataan if
Jika syarat dalam if adalah true, pernyataan akan dilaksanakan. Jika sebaliknya, pernyataan
tidak akan dilaksanakan dan dilangkau. Jadual 3.1.14 ialah sintaks struktur kawalan pilihan yang
ditunjukkan oleh pseudokod dan carta alir.
Jadual 3.1.14 Pseudokod dan carta alir (if)
Pseudokod Carta Alir
1 Mula
Mula
2 Pernyataan 1
3 Jika Syarat BENAR Pernyataan 1
3.1 Pernyataan 2
4 Tamat PALSU
Syarat BENAR?
BENAR
Pernyataan 2
Tamat
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 181

