Page 188 - SK tingkatan 5
P. 188

Penerangan:
                  1   Atur cara menerima tahun semasa, iaitu 2017.
                  2   Seterusnya atur cara menerima tahun lahir, iaitu 1973.
                  3   Atur cara mengira umur dengan melaksanakan operasi tolak.
                  4   Akhirnya, atur cara memaparkan nilai umur tersebut.


                                           Antara pernyataan yang terdapat dalam struktur kawalan jujukan ialah
                  Tahukah                input data, proses seperti pengiraan (operasi aritmetik), dan paparan atau
                      Anda               cetakan  output.  Input  data boleh diterima daripada  pengguna (secara
                                         interaktif) atau ditetapkan dalam atur cara.
                 JavaScript ialah
                 bahasa pengaturcaraan    Contoh input data (secara interaktif)
                 yang dibangunkan         •  namaAnda = prompt(“Masukkan nama anda: “);
                 oleh Brendan Eich.
                 JavaScript boleh         Contoh input data (ditetapkan dalam atur cara)
                 memproses nombor         •  tahunSemasa=2017;
                 yang mengubah suai
                 kandungan sesuatu        Contoh operasi aritmetik
                 atur cara. Ketika dalam   •  umur=tahunSemasa-tahunLahir;
                 pembangunannya,
                 JavaScript dikenali      • diskaun=(50/100)*100;
                 sebagai Mocha dan
                 kemudahan Livewire,     Jadual 3.1.12 menunjukkan operator aritmetik yang boleh digunakan
                 seterusnya Livescript.
                 Skrip sintaksnya        dalam JavaScript.
                 hampir menyerupai
                 Java, maka diberikan          Jadual 3.1.12  Operator aritmetik yang boleh digunakan dalam JavaScript
                 namanya sebagai                      Operasi                  Simbol operator aritmetik
                 Javascript.
                                                      Campur                           +
                 Sumber:                               Tolak                           –
                 https://www.w3.org/                   Darab                            *
                 community/webed/
                 wiki/A_Short_History_                Bahagi                            /
                 of_JavaScript               Modulus (baki kepada hasil bahagi)        %

                                         Contoh paparan:


                                          • window.alert("Hello " + namaAnda);
                                          • document.write("Umur Anda: " + umur);


                                         Struktur Kawalan Pilihan

                                         Struktur kawalan pilihan memerlukan pernyataan bersyarat yang akan
                                         melaksanakan satu pernyataan atau satu blok kod yang ditutupi dengan
                                         “{” dan “}” dalam JavaScript. Pernyataan bersyarat dilaksanakan dengan
                                         menggunakan pernyataan yang dipanggil ungkapan logik yang terdiri
                                         daripada operator hubungan.

                 180   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193