Page 190 - SK tingkatan 5
P. 190
CONTOH 24
Contoh 24 menunjukkan penggunaan if dalam atur cara JavaScript iaitu nombor pelajar yang diterima
diuji sekiranya nombor pelajar ialah bernilai 123. Mesej “Anda adalah pelajar Sekolah Taman ABC” akan
dipaparkan jika nombor pelajar ialah 123, dan tiada sebarang mesej dipaparkan jika sebaliknya (nombor
pelajar selain 123). Atur cara JavaScript dan output ditunjukkan pada Jadual 3.1.15.
Jadual 3.1.15 Contoh atur cara JavaScript dan output (if)
Atur cara Contoh Output
<html> (memenuhi syarat if)
<head>
<title>Struktur Kawalan Pilihan
</title>
</head>
<body>
<script>
var noPelajar;
1
noPelajar = prompt("No.
Pelajar: ");
if (noPelajar == 123) 2
3
document.write("Anda adalah
pelajar Sekolah Taman ABC");
</script>
</body>
</html>
(tidak memenuhi syarat if)
Penerangan:
1 Atur cara menerima nombor pelajar.
2 Seterusnya, menentukan jika nombor pelajar bersamaan dengan 123.
3 Jika nombor pelajar bersamaan dengan 123, “Anda adalah pelajar Sekolah Taman ABC” akan
dipaparkan (memenuhi syarat if).Jika nombor pelajar tidak bersamaan dengan 123, tiada arahan
dilakukan (tidak memenuhi syarat if).
182 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

