Page 207 - SK tingkatan 5
P. 207
CONTOH 35
Contoh 35 menunjukkan penggunaan Date.today() daripada fail date.js yang dimuat turun. Atur cara
JavaScript dan output ditunjukkan pada Jadual 3.1.34.
Jadual 3.1.34 Contoh atur cara JavaScript dan output (date.js daripada sumber muat turun)
Atur cara Contoh Output
<html>
<head>
<script src="date.js"> 1
</script>
</head>
<body>
<script>
var hariIni= Date.today(); 2
document.write(hariIni); 3
</script>
</body>
</html>
Penerangan:
1 Pada <head> tetapkan sumber standard library yang dirujuk, iaitu “date.js”.
2 Sekarang, fungsi-fungsi dalam date.js boleh digunakan. Contoh: Date.today().
3 Date.today() akan mengenal pasti butiran tarikh dan masa terkini dan memaparkan hasilnya
(mengikut format yang telah ditetapkan).
Kerja Individu
AKTIVITI 10 Menggunakan Standard Library
Objektif: Penggunaan Standard Library dalam Bahasa Penskripan Klien
Tulis dan hasilkan satu dokumen HTML yang mempunyai JavaScript yang dapat mengira dan memaparkan
nilai sisi hipotenus bagi maklumat segi tiga seperti yang ditunjukkan pada rajah yang ditunjukkan di
bawah.
Diberi, formula teorem Pythagoras, bagi mencari sisi hipotenus adalah seperti yang berikut:
c² = a² + b²
Gunakan standard library math.js untuk membantu pengiraan c
sisi hipotenus di sebelah.
a = 120 cm
b = 160 cm
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 199

